Pemerah pipi adalah produk kecantikan yang tidak boleh diabaikan dalam rutin solekan harian. NARS, menampilkan barisan pemerah pipi yang ikonik dikenali sebagai NARS BLUSH.
Pengasas dan Pengarah Kreatif jenama kosmetik Perancis, François Nars, telah meningkatkan permainan rona pemerah pipi ikonik mereka, NARS Blush dengan menampilkan formula berimpak tinggi baharu yang pasti membuatkan anda BLUSH!
NARS perkenalkan pemerah pipi ikonik, NARS BLUSH yang hadir dalam 20 warna segar dengan kemasan tahan selama 16 jam.
Bayangan warna merah jambu menggodakan kepada rona gelap ungu berani, dinamakan dalam panggilan unik dan nakal antaranya – Deep Throat, Orgasm, Behave, Sex Appeal dan lain menjanjikan kemasan yang sempurna, formula baharu juga menghilangkan ketidaksempurnaan cela wajah.
Selain pigmen serbuk tahan lebih lama, pembungkusannya kini lebih minimalis segi empat tepat dan boleh diisi semula.
Pemerah pipi Nars mengandungi pigmen baharu yang bertujuan untuk meningkatkan kesan blendability dan kekaburan pada kulit. Bahan kebolehcampuran octyldodecyl stearoyl stearate dan emolien ini membantu menguatkan warna pigmen dengan mudah pada kulit.
Calitan 20 warna baharu termasuk pilihan signature samada dalam tekstur matte, satin dan berkilat ini, mencetuskan mood variasi personaliti pelbagai. NARS BLUSH hadir dengan pelbagai pilihan warna yang sesuai untuk setiap tona kulit, sama ada anda mempunyai kulit cerah, sawo matang atau gelap, terdapat warna yang direka khas untuk melengkapkan kecantikan semula jadi anda.
Tip menggunakan NARS BLUSH dengan betul:
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, ikuti langkah-langkah mudah ini:
- Pilih berus yang sesuai: Gunakan berus pemerah pipi berkualiti tinggi untuk aplikasi yang sempurna.
- Sapukan sedikit NARS BLUSH menggunakan berus dan ketuk berus untuk menghilangkan lebihan produk.
- Aplikasikan pada tulang pipi dengan gerakan melingkar, mula dari bahagian tengah pipi dan gerakkan ke atas ke arah rahang atas.
- Blend dengan baik: Pastikan anda mengadun dengan baik untuk mengelakkan garis yang jelas dan untuk mencapai penampilan yang semula jadi.
Baca : Bold & Glow, Riasan Ady Razak & Syed Faizal Menggunakan NARS