Pendandan rambut ini mewarnakan rambut seorang pelanggan di salonnya menggunakan Nutella dan susu pekat. Mungkin kedengaran agak pelik dan tidak masuk akal, tetapi hasilnya cukup memeranjatkan!
Sememangnya ramai yang akan mempersoalkan kebenarannya dan kondisi rambut setelah diperap dengan campuran Nutella dan susu pekat. Tetapi pabila melihat sahaja pada hasilnya, ia ternyata cantik dan sempurna.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang blogger kecantikan iaitu Huda Kattan, video pendek tersebut telah dirakamkan di Abed & Samer di United Arab Emirates.
Di salun tersebut, pendandan rambut akan menggunakan campuran Nutella dan susu pekat untuk mendapatkan hasil rona rambut coklat yang cantik semula jadi.
Mulanya, pendandan rambut tersebut meletakkan Nutella di bahagian rambut yang lebih gelap. Kemudiannya, dia menuang susu pekat ke bahagian sapuan Nutella dan dibungkus menggunakan foil aluminium.
Hasilnya ternyata mengagumkan dan membuatkan rambut anda kelihatan sihat dan mengujakan. Bukan sahaja menggunakan Nutella dan susu pekat, bahkan salun di Lebanon ini turut menggunakan gula-gula kapas. Lihat sahaja pada video yang EH! kongsikan di bawah.