Jenama alat solek keluaran Kylie Jenner sememangnya menjadi obsesi ramai. Tetapi baru-baru ini kecoh diperkatakan yang mana produk kosmetik kegemaran ramai itu tiba hanya dengan kotak kosong tidak berisi.
Bulan lalu, Kylie Jenner melancarkan koleksi highlighter terbarunya yang dipanggil Kylighters yang hadir dengan enam rona dan boleh kata ia habis dijual ibarat pisang goreng panas hanya dalam masa kurang dari tiga minit.
Namun, ada segelintir yang bertuah berjaya membelinya di atas talian mula kecewa pabila highlighter yang dipesan tiba di kediaman atas penghantaran hanyalah kotak kosong tidak berisi.
Sepatutnya pembeli menerima Kylighter yang dipesan yang mana dibeli pada harga $USD22, tetapi ramai pembeli memuat naik ke atas media sosial yang mana produk yang tiba hanyalah kompak kosong tanpa highlighter itu sendiri.
Rata-ratanya membuat video dan gambar sebagai bukti yang mereka hanya menerima kotak kosong semata. Buat masa ini, pihak khidmat pelanggan Kylie Cosmetics dikatakan agak aktif dalam memberi maklum balas kepada pembelinya.
I guess if you get enough retweets and likes they'll send you a new kylighter…??☕️ pic.twitter.com/Q94tCvPxD5
— Jordan Byers (@jordanebyers) March 9, 2017
Umm… @kyliecosmetics you sent me an empty highlighter….? ??? pic.twitter.com/VXvbaNKPKX
— Jordan Byers (@jordanebyers) March 8, 2017
https://twitter.com/ElliottCarissa/status/839583422435717120
THERES NO HIGHLIGHTER IN THE COMPACT!!!!!!! ITS EMPTY!!!!!!!!!!!!!! pic.twitter.com/thIGkwZebf
— text BTAYLOR to 21000 (@btaylorbeauty_) March 8, 2017
UPDATE: pic.twitter.com/bngtMdA4FT
— text BTAYLOR to 21000 (@btaylorbeauty_) March 9, 2017
Bahkan, Kylie sendiri belum lagi membuat sebarang kenyataan berdasarkan isu yang mengaitkan make up line milik dia ini. Namun, ini bukanlah kali pertama syarikat Kylie terpalit dengan masalah dan isu kontroversi.
Sebelum ini, Kylie turut pernah didakwa kerana mencuri idea dari jurumekap yang lain dan merobek formula gincu jenama lain serta kualiti berus mekap yang agak kurang memuaskan.
Kylie turut pernah menyatakan dalam satu kapsyen di atas sekeping gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram yang bertulis, “Hidup adalah proses pembelajaran dan menimba pengalaman dan kami belajar dari kesilapan.”
Khabarnya Kylie seorang yang pantas memulihkan semula keadaan dan akanmenghantar semula produk kepada pembelinya dengan segera.