Setelah usia mencecah 25 tahun, anda pasti sudah mula pening memikirkan produk yang mampu melambatkan kesan penuaan kulit. Namun begitu, jarang sekali anda mementingkan penjagaan bulu mata. Mata anda berkelip lebih kurang 17,000 kali sehari. Apatah lagi bagi yang suka memalit maskara setiap masa.
Tetapi jarang sekali kita menitik beratkan perihal penjagaan bulu mata. Olay sememangnya memahami keperluan kecantikan anda, justeru telah mengeluarkan produk terbaru di dalam rangkaian Generasi Baru Regenerist mereka.
BAGAIMANA LEMON MEMBERI ANDA KULIT YANG CANTIK >>
Serum yang didatangkan bersama-sama krim mata ini mampu menguatkan bulu mata bagi mengelaknya daripada gugur. Krim mata itu juga berfungsi untuk mengurangkan lingkaran gelap pada mata sekali gus dapat mengurangkan kedutan.
RAWATAN KULIT MUKA DI RUMAH >>
TEH PEPPERMINT RAHSIA KECANTIKAN VICTORIA BECKHAM >>
Apa yang menarik mengenai produk generasi baru Olay Regenerist ini adalah krimnya yang mampu memberikan tenaga kepada sel kulit anda yang membolehkannya memelihara struktur kulit supaya awet muda, mengurangkan kedutan dan hasilnya boleh dilihat hanya di dalam masa 7 hari.