Cantik adalah sesuatu yang universal. Sesiapa pun pasti mahu kelihatan cantik sama ada luaran dan dalaman. Untuk itu, penjagaan muka sangat penting bagi mereka yang sentiasa terdedah pada pancaran matahari dan aktiviti yang membuatkan mereka berpeluh sepanjang masa.
Tidak salah rasanya jika anda sebagai teman wanita yang setia, menghadiahkan si jejaka dengan produk penjagaan muka dan mandian khas. Semuanya demi mengekalkan si dia tampil segar dan bertenaga!
BIOTHERM HOMME High Recharge Energy Shot 125ml
Pencuci muka luar biasa ini memberi tenaga sepenuhnya untuk kulit lelaki yang aktif. Mengandungi bahan Magnesium, Vitamin B5, Vitamin E, Ginseng dan teksturnya yang ringan, ia cepat menyerap ke dalam rongga kulit. Selain berupaya menjadi pelembap untuk memerangi tanda-tanda kulit rosak, pencuci ini juga melenyapkan kulit kusam bagi melancarkan raut wajah yang lebih lembut dan menyegarkan. |
GILLETTE SERIES Facial Moisturizer 75ml
Pelembap ini sesuai bagi wajah yang sentiasa bercukur. Ini kerana terdapat formula kulit aloe vera segar. Formula itu membantu membersihkan kotoran, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati sementara melembutkan lagi permukaan wajah agar selesa ketika bercukur.
|
SHISEIDO MEN Shaving Cream
Krim Pencukur ini diformulasikan secara unik untuk mengelakkan lebihan keratin. Penggunaannya yang selesa dan nyaman ketika bercukur, krim ini juga mampu melembutkan jambang tebal atau permukaan kulit yang kering. Sesuai untuk perlindungan maksimum.
|
UBER-MEN Multi Protector Moisturizer SPF30
All in one! Pelembap yang mengandungi formulasi untuk menghaluskan pori-pori selain menjadi agen untuk fungsi perlindungan, produk ini perlu menjadi perhatian! Anda pasti mengaguminya kerana ia mampu bertindak sebagai pencerah dengan teknologi Nano memandangkan krim boleh bertukar kepada esen cair untuk penyerapan mudah. Sementara teknologi microsponge pula boleh menyerap minyak berlebihan yang dirembeskan di permukaan wajah.
|