Baking bukanlah satu langkah wajib dalam rutin solekan harian, tapi ia ibarat senjata rahsia ketika anda perlukan solekan yang tahan lama dan nampak sempurna terutama untuk acara penting.
Pernah atau tidak anda tertanya, macam mana sesetengah orang boleh kekalkan solekan yang on point walau sudah berjam-jam, berpeluh dan bergambar tanpa henti? Jawapannya mungkin terletak pada satu teknik yang dipanggil baking. Teknik ini telah lama menjadi rahsia dalam dunia solekan profesional, dan popularitinya semakin meningkat sejak dipopularkan oleh beauty guru di YouTube dan TikTok.
Jangan keliru, baking dalam dunia solekan merujuk kepada teknik menyapu lapisan bedak tabur atau translucent powder di kawasan seperti bawah mata, zon-T dan dagu, lalu membiarkannya ‘bake’ selama beberapa minit. Ia membantu mengunci foundation dan concealer, menjadikan solekan lebih tahan lama, matte dan crease-proof.
1. Solekan Tahan Lebih Lama
Pernah alami solekan ‘cair’ sebelum sempat acara bermula? Dengan teknik baking, anda akan mengunci foundation dan concealer di tempatnya, memastikan ia kekal kemas walau berjam-jam lamanya, terutamanya di bawah mata yang sering menjadi kawasan bermasalah bagi ramai orang. Apabila anda menyapu bedak di bahagian ini solekan anda akan nampak seperti baru disapu, walaupun sudah berada di luar sepanjang hari.
2. Kulit Nampak Flawless
Teknik ini mencipta kemasan kulit yang matte, halus dan airbrushed. Ia turut membantu menyamarkan pori-pori besar dan garis halus. Wajah kelihatan lebih licin, bersih dan HD-friendly di depan kamera mahupun mata kasar. Apabila bedak tabur dibiarkan bekerja selama beberapa minit, ia membantu mencipta kemasan matte yang halus dan licin, menyamarkan pori-pori terbuka serta garis halus yang sering mencuri perhatian. Kulit anda akan lebih bersih dan sekata.
3. Serlahkan Struktur Wajah
Dengan menyapu bedak pada kawasan yang ingin ditegaskan seperti bawah mata dan bawah tulang pipi, wajah akan kelihatan lebih terangkat, berseri dan terstruktur. Ia ibarat gabungan teknik highlight dan contour dalam satu langkah ringkas. Seakan anda sudah blend highlight dan contour dengan teliti, padahal cuma satu langkah mudah.
4. Tidak Perlu Touch Up Sepanjang Hari
Baking amat berkesan untuk kulit berminyak kerana ia membantu menyerap lebihan minyak dan peluh. Solekan anda akan kekal segar dan matte walaupun sibuk seharian atau berdiri di bawah panas terik matahari. Sangat ideal untuk cuaca panas dan kulit berminyak, baking memastikan wajah anda segar dan rapi walau dari pagi hingga ke malam. Tak kisahlah anda sibuk hadiri event, berlari ke sana sini atau berdiri bawah matahari, solekan tetap kekal, macam baru bersiap.
Artikel Berkaitan: Tip Gayakan Gincu Merah