Katakan selamat tinggal kepada masalah kulit bawah lengan yang gelap, kering dan berbau!
Kita menetap di negara yang beriklim panas, jadi semestinya kita mahukan kulit di bahagian bawah lengan kelihatan bersih, sentiasa berasa segar dan tidak berbau kurang menyenangkan sepanjang berada di bawah cuaca panas khususnya. Walaubagaimanapun, sebenarnya faktor iklim tersebut bukanlah penyebab utama masalah kulit bawah lengan kerana kita juga mungkin secara tidak sengaja menjadi punca masalah itu berleluasa iaitu menerusi rawatan berisiko dan prosedur. Hyper-pigmentasi, kulit kering dan bakteria sudah cukup membuatkan ramai menyembunyikan kulit bahagian bawah lengan sehingga ia benar-benar sembuh!
Lakukan yang terbaik
Anda tidak perlu pergi terlalu ekstrem lagi hanya untuk mencari solusi terbaik buat kulit bawah lengan anda. Sejak ia dilancarkan di Thailand, Vaseline telah memperkenalkan revolusi terbaharunya, Deodorant Dry Serum di Malaysia yang dicipta dengan tekstur yang ringan memudahkan ia diserap dengan cepat. Formulanya yang unik membolehkan ia kering dengan pantas, menjimatkan lagi waktu pabila bersiap di pagi hari.
Lebih dari sekadar deodoran, Vaseline Deodorant Dry Serum adalah satu-satunya yang anda perlukan untuk merawat masalah kulit bawah lengan. Jika anda mencari solusi untuk mencerahkan kulit bawah lengan, sudah pastinya Dry Serum jawapannya kerana ia dicipta dengan Collagen dan Vitamin B3 – kedua-duanya adalah bahan serbaguna mencerahkan! Ia mampu mencapai ke 20 lapisan kulit untuk merawat masalah tona kulit tidak sekata sementara menyegar dan memulih tekstur kulit – sesuai untuk yang gemar bercukur!
Untuk hari-hari yang ekstrem berpanjangan, anda boleh pertaruhkan Vaseline Deodorant Dry Serum yang mana mampu mengekalkan kebersihan dan sentiasa segar dengan perlindungan bau badan dan peluh selama 48 jam! Dan anda tidak perlu risau lagi dengan masalah alergi kerana ia telah diuji secara dermatologi, menjadikan ia selamat untuk kulit anda.