Fahami kondisi kulit bawah lengan anda
Kenal pasti beberapa masalah biasa kulit bawah lengan yang Vaseline Deodorant Dry Serum boleh bantu untuk atasinya.
Kulit gelap dari biasa
Salah satu masalah biasa yang kita dengar (dan memalukan!) yang kita alami adalah kulit bawah lengan yang gelap dan tidak sekata dan pesalah nombor 1 masalah ini berlaku adalah bercukur dan mencabut bulu di bawah lengan. Sementara ia sememangnya satu jalan yang paling mudah untuk membuang rerambut halus bawah lengan, namun ia boleh menjadi punca kepada keradangan, trauma dan geseran kepada kulit. Ia juga merosakkan lapisan bawah kulit serta memberi maklum balas dengan menghasilkan pigmen ekstra jauh di dalam, menjadikannya lebih sukar untuk mencerahkan.
Kulit kering
Walaupun dengan lembapan yang cukup, anda masih boleh mengalami masalah kulit bawah lengan yang kering dan ia semestinya amat tidak selesa kerana ia boleh menyebabkan kegatalan dan keradangan. Jika anda sedang bergelut dengan masalah ini, mungkin anda sedang mengalami alergi terhadap deodoran yang anda gunakan sekarang ini. Bercukur dan waxing juga boleh menyebabkan kulit kering kerana ia adalah satu langkah pengelupasan dan memerlukan lebih TLC selepas melakukannya untuk mengembalikan lembapan kulit.
Bau
Peluh sebenarnya secara semulajadi tidak berbau, melainkan jika ia bercampur dengan bakteria. Penjagaan kebersihan dan menggunakan produk yang salah boleh mengakibatkan bakteria hidup seterusnya menjadi punca peluh berbau. Pengambilan beberapa jenis makanan dan minuman atau ubatan juga boleh menyebabkan badan dan kulit bawah lengan menghasilkan peluh yang berbau kurang menyenangkan.