Boleh dikatakan majoriti ramai yang risau akan rambut rosak selepas proses lightening dan coloring dek kerana bahan kimia yang terkandung, tetapi kini tidak lagi kerana dengan adanya produk pelindung untuk rambut ini.
Selain dari proses lightening dan coloring, perming, rawatan dan rebonding rambut juga membuatkan rambut melalui proses yang banyak menggunakan bahan kimia tertentu yang boleh merosak dan menghakis rambut sekaligus menjadikan rambut mudah patah.
Jadi, demi untuk menyelesaikan permasalahan ini, JOICO, jenama produk kecantikan rambut dari Amerika Syarikat berjaya menghasilkan solusi buat masalah rambut rosak serta memberikan efek rona rambut yang lebih menawan, iaitu DEFY Damage.
Dengan SmartRelease Technology yang diguna pakai, satu-satunya sistem penghantaran liposome, ia dengan terus-menerus menyalurkan bahan-bahan yang baik agar rambut kekal sihat termasuklah minyak Rosehip, Arginine dan Keratin. Ia membantu merawat, menguat dan melindungi rambut dari kesan styling dan wear harian rambut.
DEFY Damage telah terbukti berkesan melalui proses ujikaji. Ia menjanjikan 80 peratus kurang kerosakan, rambut lebih kuat lima kali ganda, rona rambut lebih cantik, mengekalkan lebih 90 peratus color vibrancy rambut, memberikan rambut lebih lembut berkilat serta anda boleh melihat hasilnya sejurus selepas pertama kali menggunakannya.
Untuk mengetahui keberkesanannya, saya melalui sendiri pengalaman transformasi rona rambut yang menggunakan produk VERO K-PAK True Tone Colors dari JOICO serta dengan penambahan perlindungan buat rambut dengan DEFY Damage. Dengan dandanan Winson Kow, pakar pendandan rambut dari salun Winson Kow Hairtistic yang menjadi salun utama yang menggunakan produk JOICO, hasilnya cukup mengagumkan serta rambut saya juga jauh lebih sihat dan kuat, pada masa yang sama memberikan efek rona rambut yang cantik dan berkilat seperti saya idamkan.