Ada sesetengah haruman memang boleh membuatkan seseorang itu sentiasa kelihatan polished. Baunya tidak semestinya harus kuat, tetapi mesti akan meninggalkan kesan yang buat orang susah lupakan.
Rahsianya? Perfume Layering.
Teknik ini membolehkan anda menggabungkan dua haruman berbeza untuk menghasilkan satu bau yang lebih signature dan personal. Dengan kombinasi yang betul, haruman juga boleh buat lebih sophisticated, sensual dan tentuanya, chic.
Daripada nota floral kepada vanilla yang warm, ini lima gabungan perfume yang boleh anda cuba.
1. YSL Libre + Kayali Vanilla 28


Untuk nampakkan gaya yang lebih feminin dan sophisticated, gabung YSL Libre dan Kayali Vanilla 28 boleh menjadi antara pilhan anda.
YSL datang dengan karakter floral yang elegan, sementara Kayali Vanilla 28 memberikan sentuhan vanilla yang lebih warm dan sensual.
Gabung kedua-duannya menghasilkan haruman yang seakan-akan manis tetapi tetap matang, sesuai untuk dinner, date night atau acara istimewa.
Cara pakai: Semburkan YSL Libre terlebih dahulu, kemudian lapiskan Kayali Vanilla 28 pada titik nadi.
2. Jo Malone English Pear & Freesia + Wood Sage & Sea Salt


Kalau mahukan bau yang kelihatan mahal tidak sepertinya perlu bau yang kuat. Kadang-kadang, haruman yang ringan dan understated lebih meninggalkan kesan.
Dua gabungan minyak wangi ini memberikan sentuhan fruity dan floral yang segar, tidak lupa juga ia akan menambah karakter yang lebih airy dan woody.
Hasilnya anda akan dapat haruman yang clean dan effortless sesuai untuk pergi pejabat, makan tengah hari atau aktiviti siang.
3. Narciso Rodriguez For Her Musc Noir Rose + Prada Paradoxe


Bagi yang lebih suka haruman yang feminin dengan karakter yang sensual, gabungan ini patut dicuba.
Musc Noir Rose menampilkan elemen musky dan floral yang lembut, sementara Prada Paradoxe memeberikan sentuhan floral yang lebih moden dan bright.
Apabila digabungkan, kedua-duanya menghasilkan bau yang feminine, polished dan tidak terlalu manis.
Sangat sesuai dipakai ketika menghadiri meeting, lunch date atau acara yang memerlukan penampilan yang lebih refined.
4. Kayali Yum Boujee Marshmallow + Burberry Goddess


Bau manis juga boleh nampak chic kalau digabugnkan dengan nota yang tepat.
Kayali Yum Boujee Marshmallow memberikan aroma yang fluffy dan manis, manakala Burberry Goddess menambahkan karakter vanilla yang warm dan berlemak.
Campurna dua haruman ini akan menghasilkan bau yang feminine dan playful, tetapi masih mempunyai sentuhan yang kemas.
Pilihan ini juga sesuai untuk date night atau ketika anda mahukan haruman yang lebih ketara.
5. Maison Margiela Reploca By the Fireplace + Jo Malone Myrrh & Tonka


Jika anda lebih sukakan haruman yang warm dan mysterious, kombinasi memberikan karakter yang lebih deep.
Dua minyak wangi ini membunyi sentuhan smoky dan woody yang tersendiri, sementara itu ia akan menambahkan elemen yang slightly sweet.
Hasil akhirnya nampak lebih glam dan berkarisma, sesuai untuk waktu malam atau acara istimewa.
Cara Lapiskan Haruman Dengan Betul
Walaupun anda bebas untuk bereksperimen dengan pelbagai haruman, dua jenis minyak wangi dah cukup untuk menciptakan kombinasi yang menarik.
Mulakan dengan haruman yang lebih ringan sebelum menambah minyak wangi yang mempunyai aroma yang lebih kuat. Hanya perlukan satu atau dua semburan bagi setiap minyak wangi juga dah cukup.
Paling penting, anda kena berikan masa kepada haruman untuk serap pada kulit. Bau yang anda hidu sebaik sahaja disembur mungkin akan berbeza selepas beberapa minit.
