Oleh : Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Bersolek tidak semudah yang kita sangkakan. Kaedah sebelum solek juga penting demi untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Sebelum menggunakan alatan solekan, pastikan anda melakukan persediaan buat kulit agar impak solekannya nanti turut menawan dan cantik bak model pentas peragaan.
EH! kongsikan cara persediaan buat kulit sebelum bersolek.
1. Pertama sekali, cuci kulit wajah dari sebarang kotoran dan habuk dengan menggunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit wajah.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.
Primer pilihan EH!
Gambar: MAKE UP FOR EVER
MAKE UP FOR EVER ada jawapan kepada solekan cantik dan kemas bak model. STEP 1 Skin Equalizer hadir melalui koleksi primer yang direka penuh teliti, hasil yang mulus dan menyerlahkan solekan. Tiga objektif yang menjanjikan solekan lebih pesona semulajadi, menyerlahkan rona kulit serta mengekalkan solekan agar kekal lebih lama. Primer asas solekan dari MAKE UP FOR EVER direka dalam bentuk 11 jenis yang berbeza. Masing-masing memainkan peranan dalam memberikan impak menawan pada solekan. EH! Kongsi serba sedikit informasi primer hebat ini.
Primer Matte
Mengelakkan dari solekan berminyak, mengecil liang pori dan mengawal kilatan wajah agar solekan tampak segar dan halus mulus sepanjang hari.
Primer Lembut
Mengaburi cela di kulit wajah yang sedia lembut, serta mengurangkan liang pori yang terbuka, kedutan penuaan dan garis halus pada wajah.
Primer Hidrasi
Mengekalkan kesegaran kulit serta memastikan kulit cukup lembap. Direka dengan kandungan pelembap untuk menghidrasi kulit agar sentiasa anjal, sihat dan lembut supaya impak solekan turut menawan.
Primer Segar
Sekelip mata mengembalikan kesegaran pada kulit kering dengan pelembap yang diformulakan ke atas primer ini. Mengembalikan keanjalan kulit agar solekan tampak kemas dan terletak sepanjang hari.
Primer Mengawal Kemerahan Kulit Wajah
Menjadikan kulit seri semulajadi dan mengelakkan kulit dari kelihatan kemerahan.
Primer Seri
Magisnya primer ini ia memastikan kulit wajah tampak berseri mengikut rona kulit seakan tidak memakai sebarang bedak asas pada wajah. Hadir dengan enam jenis primer mengikut rona kulit agar solekan tidak kelihatan bercapuk.