Setiap orang impikan yang terbaik untuk majlis hari bahagia. Selain baju dan dekorasi majlis, memiliki penampilan menawan dari hujung rambut hingga hujung kaki juga memainkan peranan penting ketika meniti hari bahagia.
Pastinya anda ingin kelihatan cantik berseri ketika hari bahagia. Inilah masanya untuk anda sibukkan diri dengan rutin cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki, barulah seri pengantin akan menyerlah.
Segalanya akan berubah sekiranya anda memulakan langkah awal untuk memastikan rupa anda di majlis kelihatan sempurna bak bidadari. Kebanyakan ratu sehari akan menyerahkan segala tanggungjawab kepada jurusolek untuk mencantikkan wajah.
Namun sebenarnya untuk kelihatan cantik ketika hari bahagia, anda juga memainkan peranan penting dalam menyerlahkan kecantikan anda pada majlis tersebut. Anda perlu tahu perkara yang patut dilakukan dan perkara yang perlu dihindari menjelang hari bahagia agar tidak timbul sebarang masalah seperti kulit kusam dan berjerawat, rambut kelihatan tidak bermaya dan sebagainya.