Berseronok, bebas stres dan bergembira adalah jawapan tepat bagi maksud BERCUTI! Namun adakah bercuti sekadar menyarungkan helaian yang selesa lagi chic? Tidak, penjagaan kulit juga perlu diberi perhatian!
Cuaca sejuk yang mengeringkan dan kulit yang pedih akibat sunburn hanya membuatkan rasa tidak selesa sekali gus menghilangkan mood untuk bergembira. Ayuh, lihat item pilihan EH! yang mampu merawat dan melindung kulitmu kala berlibur!
SALAP BIBIR, SPORT PERFORMANCE SUNSCREEN STICK, BANANA BOAT |
SALAP BIBIR, SPORT PERFORMANCE SUNSCREEN STICK, BANANA BOAT |
Tidak kira sama ada cuaca panas mahupun dingin, bibir yang sensitif mudah kering dan merekah. Jadikan pelembap bibir sebagai pelindung bagi mencegah bibir dari kelihatan kusam dan kering. Usah malas untuk membawa produk kecil ini kemana saja ketika bercuti. Kerana bauannya juga menyegarkan!
PELEMBAP, AFTER–SUN MOISTURIZING BALM, SEPHORA |
PELEMBAP, EIGHT HOUR CREAM SKIN PROTECTANT, ELIZABETH |
Asyik berjemur di tepi pantai, jangan pula abaikan penjagaan kulit. Berikan sapuan manja pada badan dengan losyen SPF yang mampu mencegah kulit dari sinar UV.
Tidak lupa bagi mereka yang bercuti pada musim sejuk, kulit lebih cenderung menjadi kering. Usah bimbang kerana krim pelembap adalah penyelamat untuk kulit cantik sepanjang percutian!
BEDAK BERKILAU, MARSHMELLOW, URBAN DECAY, RM85 |
GEL TAN, ANUBIS QUICK, RM158 |
Mereka yang berkulit cerah mungkin merasakan kulit tampak pucat dan kurang menarik. Yakinkan diri dengan sapuan losyen tan untuk menambahkan rona gelap keperangan pada kulit. Tidak perlu lagi berjemur sepanjang hari untuk mendapatkan warna yang diidamkan!
Serlahkan lagi keceriaan badan dengan menyapukan Sparkling Powder dari Urban Decay. Pastinya badan tampak bersinar bak kilauan pasir di tepian pantai!