Double cleansing sememangnya mampu memberikan manfaat yang besar dalam rutin penjagaan kulit. Namun, harus di ingatkan tidak ada perkataan “one size fits all” dalam perawatan kulit. Jadi, penting untuk anda memahami keperluan kulit anda terlebih dahulu sebelum menambah produk tersebut ke dalam rutin kecantikan.
Bercakap mengenai double cleansing, ia merupakan satu topik yang menjadi perhatian dalam dunia kecantikan. Double cleansing merujuk kepada rutin membersihkan muka dua kali menggunakan pembersih berbentuk minyak atau micellar water, diikuti dengan pembersih air seperti sabun muka.
Teknik double cleansing ini semakin menjadi perdebatan di kalangan penggemar kecantikan. Tetapi apakah double cleansing benar-benar diperlukan untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat? Mari EH! terangkan kepada anda dengan lebih mendalam.
Kelebihan Double Cleansing
Satu kelebihan utama double cleansing adalah kemampuannya untuk membersihkan kulit. Langkah pertama dengan pembersih berbentuk minyak membantu mengangkat solekan jenis waterproof yang sukar dihapuskan dan menghilangkan sebum berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Ini membolehkan pembersih muka biasa yang anda biasa gunakan boleh menyentuh kulit secara lebih efektif.
Perlukah Double Cleansing?
Adakah perlu double cleansing dalam rutin kecantikan? Ia bergantung kepada jenis kulit dan gaya hidup seseorang. Jika anda menggunakan solekan tebal atau terdedah kepada persekitaran yang kotor, double cleansing adalah kunci yang membantu membersihkan kulit anda dengan lebih mendalam. Tetapi, jika anda mempunyai kulit kering atau sensitif, mungkin lebih baik menggunakan pembersih yang lembut untuk mengelakkan berlakunya iritasi.
Di sisi positifnya, double cleansing dapat memberikan kesan kulit yang lebih bersih dan segar, serta membantu meningkatkan penyerapan bahan-bahan aktif dalam produk perawatan kulit yang digunakan selepasnya. Walau bagaimanapun, teknik double cleansing ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Oleh itu, adalah penting untuk anda memilih oil cleanser yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Produk Oil Cleanser Pilihan EH!
1. COCO & EVE SEED OIL CLEANSER – (RM 123)
Jika anda baru berjinak-jinak dengan rutin double-cleansing, Coco & Eve merupakan produk pertama yang EH! ingin recommend kepada anda. Dengan rating sebanyak lima bintang di laman web Sephora, Seed oil cleanser dari Coco & Eve ini mampu menyingkirkan solekan, SPF, dan kotoran dengan lembut tanpa mengeringkan kulit anda. Ia juga mengandungi vitamin E yang kaya dengan antioksidan untuk kulit berseri.
2. Sioris Fresh Moment Cleansing Oil – (RM 149)
Hanya dengan 7 bahan yang sederhana tetapi efektif untuk membersihkan dan melembapkan kulit seperti, minyak biji jojoba, baobab, dan bunga matahari, cleansing oil dari Sioris ini bukan sahaja berkesan menanggalkan solekan dan kotoran, tetapi juga dapat memberikan kelembapan kepada kulit kering dengan 10% minyak plum yang kaya dengan asid sitrik. Dengan 99% bahan semula jadi, ia tidak akan menyebabkan gatal atau pedih pada mata apabila anda menggunakannya.
3. She Uemura Botanicoil Indulging Plant-Based Cleansing Oil – (RM 220)
She Uemura cukup sinonim dengan cleansing oil ikonik mereka dan salah satunya adalah, botanicoil indulging plant-based cleansing oil yang merupakan pembersih solekan yang lembut dan berkesan yang dihasilkan dengan 50 tahun pengalaman. Ia menawarkan pengalaman santai dengan aroma campuran minyak pati herba citrus dan meninggalkan kesan relax pada kulit dan minda, dan ia mampu menjaga kelembapan kulit dengan ekstrak Yuzu Jepun yang kaya dengan vitamin C.
4. Clé de Peau BEAUTÉ Cleansing Oil – (RM 105)
Baru sahaja secara rasminya jenama ini mendarat di butik Sephora, Clé de Peau BEAUTÉ cleasing oil mampu menghilangkan kotoran dan solekan termasuk solekan kalis air seperti maskara. Mengandungi campuran unik minyak botani yang menjadikan kulit terasa lembut dan dijaga tanpa rasa berminyak, teknologi ResiliLock eksklusif yang di gunakan oleh Clé de Peau BEAUTÉ membantu kulit memelihara kelembapan secara semulajadi.
5. BIOSSANCE Squalane + Antioxidant Cleansing Oil – (RM 170)
Biossance cleansing oil kaya dengan antioksidan yang lembut yang mampu mengangkat segala solekan dan kotoran, menjadikan kulit tampak lebih lembap dan berseri. Ia juga mengandungi squalane yang berasal dari gula tebu untuk melembapkan kulit dan menjadikannya berasa segar dan lembut. Hasil kajian juga mendapati, sebanyak 100% pengguna bersetuju produk ini mampu membersihkan kulit dengan efektif.
Artikel Berkaitan: Urban Jungle Melt Me Softly Cleansing Balm