Keupayaan Retinol dalam meremajakan kulit dengan merangsang pengeluaran sel-sel kulit baru, menjadikannya pilihan yang popular buat mereka yang menginginkan kulit yang sihat dan cantik.
Retinol telah menjadi bahan wajib dalam penjagaan kulit untuk meremajakan kulit dan melawan tanda-tanda penuaan. Namun, adakah ia benar-benar perlu dalam rutin penjagaan kulit anda? Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat lebih dekat manfaat yang ditawarkan oleh retinol untuk kulit anda.
Apa Itu Retinol?
Retinol, atau vitamin A, merupakan salah satu jenis retinoid yang popular dan berkesan untuk membantu meremajakan kulit. Ia merangsang pengeluaran kolagen, yang membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan keupayaan kulit untuk menghasilkan minyak berlebihan, yang boleh membantu merawat jerawat dan menyempurnakan tekstur kulit.
Siapa Perlu Menggunakan Retinol?
Walaupun mempunyai banyak manfaat yang terbukti secara klinikal, tidak semua orang perlu menggunakannya. Individu yang memiliki kulit sensitif atau masalah kulit tertentu mungkin perlu mengambil kira kesan sampingan yang mungkin berlaku seperti kemerahan, kering, atau kulit mengelupas. Selain itu, wanita hamil atau menyusu juga perlu berhati-hati dan tidak disarankan menggunakannya
Penggunaan Retinol dalam Rutin Penjagaan Kulit Anda
Jika anda memutuskan untuk menggunakan retinol, adalah penting untuk menyertakannya dalam rutin penjagaan kulit anda dengan betul. Mulakan dengan penggunaan yang berperingkat dengan dos yang rendah bermula dengan penggunaan sekali atau dua kali seminggu dan meningkatkan kekerapan mengikut kebolehan kulit anda.
Untuk penggunaan kali pertama disarankan untuk menggunakan 0.1% atau 0.2% terlebih dahulu. Pastikan untuk menggunakannya pada waktu malam dan sentiasa menggunakan pelindung matahari pada siang hari.
Produk Retinol Pilihan EH!
THE ORDINARY – Retinal 0.2% Emulsion (RM 90)
Emulsi Retinal 0.2% adalah formula retinoid yang membantu mengurangkan bintik gelap, tona tidak sekata, memperbaiki tekstur kulit, dan meningkatkan kecerahan untuk kulit yang lebih cerah dan sekata. Formula serum dengan tekstur yang ringan dari The Ordinary ini sesuai untuk semua jenis kulit, dan disyorkan untuk pengguna yang sudah berpengalaman dengan retinoid atau pengguna baharu.
INNISFREE – Retinol Cica Repair Ampoule Serum (RM 50)
Serum retinod dari Innisfree ini mengandungi 0.015% retinol untuk meremajakan kulit dan mengawal sebum, mengekalkan tekstur kulit, serta mencerahkan parut cela. Diformulasikan dengan Jeju Cica-Liposomlogy™, ia menenangkan masalah kulit dan menjadikan kulit licin, jelas, dan bebas cela dalam 4 minggu.
DRUNK ELEPHANT – A-Passioni™ Retinol Cream (RM 135)
Krim penjagaan kulit inovatif dari Drunk Elephant dengan 1.0% retinol vegan dan bahan-bahan superfood untuk mengurangkan garis halus, kedutan, dan kerosakan akibat matahari. Campuran Triple-Peptide dalam formula ini membantu meningkatkan tona, tekstur, dan kelembutan kulit menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri.
THE INKEY LIST – Retinol Face Serum (RM 78)
Memiliki 1% Retinol Acetate dan 0.5% Granactive Retinoid, serum ini bertindak untuk merangsang pembaharuan sel dan proses pembaikan agar sel-sel baharu mencapai permukaan lebih cepat, hasilnya kulit lebih cerah dan lebih halus. Serum ini membantu mengatasi berbagai masalah kulit seperti garis halus, kerutan, ketidaksempurnaan tona kulit, dan hiperpigmentasi.
HERBIVORE BOTANICALS – Moon Fruit Retinol Alternative Serum (RM 325)
Berasaskan tumbuhan yang secara klinikal terbukti dapat menangani tanda-tanda penuaan dengan 1% bakuchiol dan peptida tumbuhan tanpa sebarang iritasi yang boleh meningkatkan garis halus dan kedutan, Moon fruit retinol alternative serum ini cepat untuk melawan semua tanda penuaan yang kelihatan di wajah dan leher, menguatkan dan membersihkan kulit tanpa kesan kering atau kemerahan seperti kebiasaan retinol.
Artikel Berkaitan: Kulit Badan Kering, Ini Punca dan Solusinya