Amalkan petua mudah untuk kulit sihat dan cantik sambil berbasikal. Jangan jadikan ia penghalang untuk penjagaan rapi wajah.
Trend berkayuh basikal ini mula meraih perhatian warga lokal pada tahun lalu dan ia terus cetus fenomena. Siapa sangka sukan aktif ini juga beri kesan positif terhadap golongan wanita. Jika dulu ia sangat digemari oleh kaum lelaki, kini berjangkit pula terhadap wanita. Berhabisan puluhan ribu hanya untuk dapatkan basikal idaman. Sukan berbasikal ini sememangnya membakar kalori dengan efektif sekali malah mengeratkan silaturahim sesama sendiri.
Di musim PKP ini, kita masih boleh berlegar melakukan aktiviti sihat ini. Tetapi adakah anda tahu, kulit muka berpeluh tidak mungkin mengekalkan kesegaran pada kulit muka yang berpeluh. Anda lebih banyak terdedah dengan sinar UV dan pencemaran udara yang menyekat pernafasan dalaman kulit muka. Sebelum anda sangkut dalam fasa ‘Resting Bike Face’ pabila kerap berbasikal. Apa kata anda ambil inisiatif untuk mengekalkan kulit muka sihat dan cantik.