Dengan kecanggihan teknologi dalam dunia kecantikan sekarang ini, pelbagai produk yang siap untuk dipakai bagi menjaga kecantikan seseorang. Zaman sekarang ini kita dah tak perlu nak cari tumbuhan liar untuk merawat dan memelihara kesihatan. Tapi, jika tiada cara lama maka tidak akan terciptalah cara baru kan?
Mungkin ada sesetengah antara kamu yang masih lagi mengamalkan petua turun temurun dari nenek moyang dalam menjaga kecantikan seharian. EH! kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Rambut Basah
Gambar: www.oprah.com
Kata orang dulu-dulu, elak menggunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Kerana ia boleh menyebabkan rambut mudah putus dan kusut. Biarkan rambut kamu kering dengan sendirinya. Amalan menyikat rambut ketika basah juga boleh buat rambut mudah putus.
Cuci Muka Sebelum Tidur
Gambar: www.thebestfacewash.com
Tidur dengan mekap boleh menyebabkan pori kamu tersumbat. Seeloknya cuci muka terlebih dahulu kerana waktu tidur ialah waktu untuk kulit kamu berehat. Tidurlah dengan kulit yang bersih untuk mendapatkan kulit bebas masalah.
Mandi Air Sejuk
Kami faham pagi-pagi tentu sejuk jadi mandi air panaslah jawabnya. Ketahuilah, air panas boleh menyebabkan kulit kamu kering. Air sejuk dapat membantu menyegarkan badan dan boleh membuatkan rambut kamu bersinar.