Teks : Azliany Mohamad
Miliki warna rambut yang menawan dengan khidmat professional di salun tanpa risau dan ragu dengan L’Oreal Professionnel Water Color Permeability.
Bila sebut mengenai warna rambut pasti ada diantara anda yang risau tentang kandungan dan formulasi warnanya telap air atau tidak. Sekira warnanya tidak telus air, air wudhu yang diambil sudah tentu tidak sah apatah lagi solat.
Kini anda semua tidak perlu risau lagi dengan pewarna rambut L’Oreal Professionnel Majirel, pewarna ini bukan sahaja bebas daripada bahan berasaskan haiwan, tetapi juga telah diuji ketelapanya. Terbukti warna ini telap air dan mesra wudhu. Ia sesuai dipakai oleh semua orang terutama sekali para wanita yang berhijab. Pewarna rambut ini memberikan hasil warna yang mewah serta bertahan menawan litupan sempurna walaupun rambut beruban.
L’Oreal Professionnel bersama pengasasnya, Eugene Schueller mengamalkan prinsip dengan mengekalkan DNA: Penyelidikan dan inovasi dalam perkhidmatan kecantikan. Mereka tidak pernah berhenti meningkatkan penguasaan warna untuk menawarkan kepada pendandan rambut dengan pelbagai teknologi tinggi, pilihan palet paling banyak dan pigmen serta teknik utama untuk menghasilkan warna yang menawan dan unik. Jenama ini juga yang pertama di dunia yang melancarkan pewarna rambut yang tidak berbahaya untuk digunakan.
Penulis EH! sendiri telah mencuba pewarna rambut L’Oreal Professionnel Majirel di salun kecantikan Shawn Cutler, Bangsar dengan bantuan pendandan rambut professional, Zein Phang. Ternyata hasil warnanya mewah dan menyerlah serta rambut tidak berasa kering, keras dan lembut. Paling penting warna rambut yang disyorkan sesuai dengan warna kulit dan bentuk wajah penulis.
Dengan pewarna rambut L’Oreal Professionnel Majirel yang telap air ini, dapat menghilangkan segala keraguan anda dalam melakukan tugasan harian. Kini anda bebas memiliki rambut berwarna dengan warna kesukaan anda!