Selepas Rihanna dan Selena Gomez melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit, kini tiba masa untuk penyanyi dan penerbit tersohor, Pharell Williams melancarkan kosmetik jenamanya sendiri. Saya fikir ini adalah tindakan bijak buat Pharrell memandangkan dia sendiri aset muda. wajahnya tidak banyak berubah, dari zaman tampil berkumpulan pada tahun 1994 hinggalah saat melancarkan kerjaya solo, dia bagaikan tidak dimamah usia. Ada juga yang kata orang berkulit gelap sememangnya begitu, lambat kelihatan tua. Tapi saya tak percaya atas kerana faktor itu semata dia nampak muda, pasti dia sendiri rajin menjaga kulit mukanya. Masakan selebriti yang sibuk dengan konsert jelajah, kerja rakaman dan pelbagai rutin kerja lagi boleh tampil sesegar Pharell tanpa sebarang usaha untuk menjaganya.
Terbaru di Akaun Instagramnya, Pharell mengumumkan khabar gembira bahawa akan melancarkan label penjagaan kulitnya sendiri. Dinamakan sebagai Humanrace yang juga sama dengan nama koleksi kolaborasinya bersama Adidas, rangkaian ini dijadulkan dilancarkan pada 25 November. Perkongsian olhe penyanyi berusia hampir setengah abad itu (Pharell kini sudah 47 tahun) pastinya satu berita baik buat peminatnya.
Rahsia Awet Muda Selebriti Berusia Lebih Setengah Abad
Sebagai langkah permulaan, Pharell bakal memperkenalkan Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator, Humidifying Cream and Routine Pack. Antara bahan yang diguna Pakai dalam produk ini ialah glycolic acid, kaolin clay dan snow-mushroom extract.
Tambah menarik, produk ini bersifat uniseks, formulanya dicipta untuk lelaki dan perempuan. Nampaknya Pharell mengikut jejak Rihanna yang melancarkan produk penjagaan kulit uniseks dan untuk semua jenis kulit. Lebih menarik, bekas produk ini diperbuat menggunakan 50 peratus plastik kitar semula. Akhirnya Pharell berkongsi ‘fountain of youth nya’ bersama semua peminatnya.