Menjaga kulit bukan sekadar soal kecantikan, tetapi juga pelaburan untuk masa depan. Setiap hari, kulit kita terdedah kepada sinaran UV yang boleh mempercepatkan penuaan dan merosakkan lapisan perlindungan semula jadi. Jadi, kenapa biarkan ia tanpa perlindungan? Pilihlah sunscreen yang sesuai agar kulit kekal sihat, berseri, dan terlindung daripada kesan buruk matahari.
Sunscreen bukan sekadar produk pelindung kulit ia boleh dikatakan benteng utama yang menjaga wajah kita daripada kesan buruk sinaran UV. Bukan sahaja membantu melambatkan tanda-tanda penuaan, malah ia juga mengurangkan risiko kanser kulit. Tapi bila sebut tentang sunscreen, mesti anda pernah dengar tentang physical sunscreen dan chemical sunscreen. Apa sebenarnya beza kedua-duanya, dan yang mana lebih sesuai untuk kulit anda?
Jangan pening kepala! EH! ada jawapannya. Ada yang suka sunscreen yang bertindak sebagai perisai fizikal, ada pula yang lebih selesa dengan formula ringan yang menyerap sinaran UV sebelum ia merosakkan kulit. Jadi, yang mana pilihan terbaik untuk anda? Jom kita bongkar rahsia di sebalik dua jenis sunscreen ini supaya anda tidak tersalah pilih!
Apa Itu Physical Sunscreen?
Physical sunscreen atau lebih dikenali sebagai mineral sunscreen adalah pelindung matahari yang menggunakan bahan aktif seperti zinc oxide dan titanium dioxide yang membentuk lapisan pelindung pada kulit untuk memantulkan sinar UV berbahaya.
Kelebihan Physical Sunscreen
Physical sunscreen ini menawarkan beberapa kelebihan iaitu dengan memberikan pelindungan segera selepas aplikasi tanpa perlu menunggu. Ia juga kurang risiko iritasi dan lebih sesuai untuk kulit sensitif, rosacea, atau ekzema. Physical sunscreen ini juga mempunyai perlindungan UVB dan UVA secara semula jadi kebanyakan formulanya menawarkan broad spectrum protection.
Kekurangan Physical sunscreen
Walaupun physical sunscreen menawarkan perlindungan hebat, ia juga mempunyai beberapa kekurangan yang perlu dipertimbangkan. Salah satunya adalah white cast iaitu kesan putih yang ketara terutama pada kulit gelap atau jika digunakan dalam jumlah banyak. Teksturnya juga cenderung lebih tebal dan berat, yang mungkin kurang selesa bagi mereka dengan kulit berminyak. Selain itu, physical sunscreen mudah tertanggal akibat peluh atau geseran, menjadikannya perlu diaplikasikan semula dengan lebih kerap untuk memastikan perlindungan optimum.
Apa Itu Chemical Sunscreen?
Berbeza dengan physical sunscreen, chemical sunscreen berfungsi dengan menyerap sinaran UV ke dalam kulit dan menukarkannya kepada haba. Ia mengandungi bahan aktif seperti avobenzone, oxybenzone, octinoxate, dan homosalate.
Kelebihan Chemical Sunscreen
Chemical sunscreen sering menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang ringan dan cepat meresap tanpa rasa melekit, memberikan keselesaan sepanjang hari. Berbanding physical sunscreen, ia tidak meninggalkan white cast, menjadikannya ideal untuk semua tona kulit, termasuk kulit gelap. Selain itu, formulanya lebih tahan lama kerana ia menyerap ke dalam lapisan kulit dan merupakan pilihan sempurna untuk mereka yang aktif dan mahukan perlindungan UV yang berpanjangan.
Kekurangan Chemical Sunscreen
Walaupun chemical sunscreen menawarkan perlindungan yang ringan dan tahan lama, ia juga mempunyai beberapa kekurangan yang perlu dipertimbangkan. Sesetengah bahan kimia dalam formulanya boleh mencetuskan iritasi, terutamanya bagi kulit sensitif. Selain itu, tidak seperti physical sunscreen, ia memerlukan masa untuk bertindak dan perlu disapu 15-20 minit sebelum terdedah kepada matahari. Proses penyerapan UV ke dalam kulit juga boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi sesetengah individu, terutama mereka yang mempunyai kulit reaktif.
Pelindung Matahari Pilihan EH!;
Ultra Violette Supreme Screen Hydrating Facial Skinscreen SPF 50+ (RM178.00)

Shiseido Clear Suncare Stick SPF 50+ PA++++ (RM130.00)
Artikel Berkaitan: 5 Pelembap Bibir Terbaik Untuk Elak Bibir Kering Ramadan Ini