Gincu bibir memainkan peranan penting dalam tatarias wajah. Walaupun tidak memakai sebarang solekan dan hanya mencalitkan gincu bibir sahaja, ia memberikan perbezaan yang ketara dalam mengubah penampilan harian anda.
Lagi menarik apabila anda tahu padankan rona gincu yang sesuai dengan zodiak kelahiran agar ia dapat menyerlah penampilan anda.
EH! kongsikan tiga rona gincu bibir terbaru dari jenama kecantikan Korea Laneige Silk Intense Lipstick yang sesuai untuk anda cuba mengikut zodiak kelahiran anda.
1. Rona Merah
Warna merah melambangkan keberanian, kekuatan dan elegan. Bagi anda berbintang Capricon, Taurus dan Gemini amat sesuai memakai gincu bibir rona merah agar keperibadian anda lebih menyerlah.
Pilihan EH! – Anda boleh mencuba gincu bibir terbaru dari Laneige Silk Intense Lipstick. Hadir dengan variasi gincu bibir rona merah menawan. Get The Red, Clean Effect dan Bloody Burgundy.
2. Warna Merah Jambu
Rona merah jambu melambangkan cinta, sweet dan romantik. Sekirannya anda ingin memberikan efek segar dan ceria dalam penampilan anda apakata anda cuba koleksi terbaru Laneige Silk Intense Lipstick. Wanita yang berlindung di bawah zodiak Leo, Virgo dan Sagitarius sesuai untiuk mencuba rona ini.
Pilihan EH! – Laneige Silk Intense Lipstick hadir dengan variasi gincu bibir rona merah jambu yang menyerlahkan sisi romatik, sweet dan fun anda. Love Me New Me & Neon Pink.
3. Lipstik Rona Coral
Bagi yang berzodiak Aquarius, Pisces dan Taurus rona ini sesuai untuk anda. Rona yang yang lembut dan ceria dapat menyerlahkan dan membangkitkan aura seksi dalam diri anda.
Pilihan EH! – Coral Reef & Coral Effect rona coral yang harus anda cuba dari koleksi gincu terbaru Laneige Silk Intense Lipstick.
Laneige Silk Intense Lipstick
Gincu Bibir yang mesra dioleskan pada bibir ini memiliki tekstur yang lembut dengan warna yang menarik, ceria dan terang. Laneige Silk Intense Lipstick yang hadir dengan 30 variasi warna yang anda boleh cuba untuk padan dengan personaliti anda. Selain itu, ia memberikan efek warna 3D pada bibir. Rekaan Laneige Silk Intense Lipstick yang simple, elegan dan trendy ini sesuai untuk semua wanita seperti anda. Anda boleh dapat Laneige Silk Intense Lipstick ini dipasaran dengan harga RM85.