Meninjau sekitar kaunter kecantikan, anda tentunya buntu untuk mendapatkan maskara yang terbaik. Mana tidaknya, maskara yang dibeli sebelum ini sentiasa memberikan keputusan yang kurang memuaskan. Usah risau, blogger kacantikan dari skindeco.net, Cornelia de Alwis mampu menyelamatkan hari anda. Ikuti pilihan maskara terbaik Cornelia agar mata yang cantik dan seksi mampu dimiliki!
Maybelline The Magnum Volum’ Express Super Film
Jaminan
Kuasa volume dengan kalis comot dan tompokan selain mudah dibersihkan dengan air suam.
Kelebihan
Formula warna hitam yang kuat sememangnya tidak menghampakan. Disebabkan itu, anda tidak perlu membuat sapuan berulang untuk mendapatkan bulu mata dengan ilusi lebat. Tekstur kalis comot juga menyempurnakan pemakaian dalam sehari tanpa kesan tompokan.
Maskara yang mudah dibersihkan ini juga menjadi bonus untuk wanita yang gemar bermekap tetapi mampu menjaga wajah pada masa yang sama. Ini kerana air suam sudah cukup memudahkan untuk pembersihan yang sempurna tanpa perlu menggosok untuk mengeluarkan saki-baki maskara yang melekat pada bulu mata.
Ouch! Kesan buruk
Bagi mereka yang mempunyai bulu mata yang lentik secara semulajadi, maskara dengan formula kalis air ini berkemungkinan akan menyebabkan bulu mata jatuh ke bawah. Ini menyebabkan kesan lebat pada bulu mata tidak ketara.
Hasil blogger sendiri
Jika anda tidak mempunyai masalah lentikan, dapatkan maskara ini sekarang! Saya gemar memakainya pada bulu mata palsu untuk kesan yang lebih menawan!
Maybelline Unstoppable Curly Extension Waterproof
Jaminan
Bulu mata yang lebih lentik dan panjang dengan formula kalis air.
Kelebihan
Rekaan berus maskara yang unik disebabkan saiznya yang lebih pendek di satu bahagian dan berus yang lebih panjang pada bahagian satu lagi memudahkan maskara disapu dengan rata. Sama ada pada bulu mata atas mahupun bawah, berus ini mudah dipakai tanpa memerlukan pergerakan tangan yang sukar demi mencapai bulu mata yang paling pendek!
Seperti maskara lain dengan formula kalis air, maskara ini mempunyai kesan yang lebih istimewa iaitu bulu mata akan kelihatan lebih lenturan yang unik! Ini menjadikan bulu mata tampak asli dan menawan.
Ouch! Kesan buruk
Terlalu dramatic bagi saya disebabkan hasil bulu mata yang terlalu panjang dan volume!
Hasil blogger sendiri
Dapatkannya!
L’Oreal Double Extension Renewal Serum Inside
Jaminan
Menyuburkan dan member kesan bulu mata yang lebih panjang.
Kelebihan
Sapuan asas putih atau white base coat pada maskara ini mengandungi L’Oreal Renewal Serum dan fiber yang mampu menyuburkan dan menambahkan kepanjangan. Manakala tekstur cecair maskara yang pekat di bahagian satu lagi yang juga mengandungi fiber dapat menyerlahkan lagi kesan volume pada bulu mata.
Bagi saya, maskara ini adalah yang terbaik bagi mereka yang mementingkan aspek economical kerana anda tidak perlu memakainya dengan terlalu banyak. Juga mudah untuk membersihkannya hanya dengan air suam!
Ouch! Kesan buruk
Bagi saya, maskara ini adalah yang terbaik bagi mereka yang mementingkan aspek economical kerana anda tidak perlu memakainya dengan terlalu banyak. Juga mudah untuk membersihkannya hanya dengan air suam!
Hasil blogger sendiri
Kombinasi pemakaian kedua-dua sapuan asas putih dan maskara ini tidak semestinya memberi hasil yang baik. Saya mencadangkan agar sapuas asas digunakan dengan sedikit sahaja manakala maskara dipakai seperti biasa.