Boleh kata masuk sahaja tahun baru, biasanya ramai yang akan mempunyai resolusi dan sesuatu yang baru. Buat yang mencari ilham rona rambut tahun baru, Toni & Guys punya idea futuristik buat anda.
Sempena memasuki tahun baru 2018, TONI & GUY mengilhamkan stail serta rona rambut yang lebih bernilai buat masa depan. Ia digelar sebagai FUTUREWISE yang mana satu koleksi kreatif dari team TONI & GUY.
Ia merupakan koleksi yang diinspirasikan dari kumpulan pendandan rambut antarabangsa yang kembara berkolaborasi dengan pereka fesyen ternama, memahami akan trend serta budaya semasa demi menghasilkan outcome yang unik dan versatil di acara-acara besar dunia. Dari situ ia terhasilnya potongan-potongan serta rona rambut yang lebih dinamik.
Tahun lalu kita dapat melihat trend tidak kira pada rambut, kecantikan dan fesyen yang lebih ke arah anti-gerakan, anti-fesyen dan sebagainya. Namun pada tahun ini, ramai pereka profesional mula mengambil peluang untuk mengangkat terma anti-konsep dengan citarasa yang lebih tinggi dengan menghasilkan idea yang baru dan lebih unik.
EH! himpunkan antara stail serta rona rambut lebih futuristik buat inspirasi anda pada tahun ini.