Dior Addict hadir dalam lima warna yang baru, dan ini adalah petanda untuk anda lupakan gincu pusam dan sebaliknya pilih calitan high-shine.
Rasanya tahun ini dah tiba masa untuk anda hidupkan kembali glos atau gincu frosted yang ada efek berkilat. Agak bosan juga jika asyik dengan gincu pusam yang warnanya nampak pekat meliputi bibir. Kadang-kadang perlu nampak ‘let loose’, tampak bersahaja dan spontan dalam riasan wajah.
Musim ini dan juga Raya nanti, apa kata anda tampil dalam gaya solekan bibir yang ‘ringan’, yang tak nampak try too hard, sebab bila solekan yang terlalu perfect, adakalanya kecantikan asli itu hilang. Wajah nampak keras atau orang sekarang kata ‘bisa’.
Saya ada saranan untuk anda yang mahukan bibir yang ‘ala kadar’, yang tak perlu pun dilukis sempurna dan dicalit tebal-tebal gincunya. Dior Addict memang kesukaan saya sejak dulu. Ya, saya tidaklah bergincu tapi saya juga selalu menyolekkan wajah model untuk kempen-kempen. Dan bila mahu efek solekan yang lebih bersahaja dan nampak semula jadi, saya lebih suka gincu yang bertekstur ringan, dan kemasannya juga nampak bersahaja.
gincu Dior Addict memang terkenal dalam keluarga Dior, dicipta khusus untuk anda yang gemarkan gincu high-shine, yang berkilat tapi tak berlebihan seperti salutan glos bibir. Terbaru Dior Addict hadir dengan lima warna baru.
“Sama ada anda gilakan warna, atau taasub pada efek kilat atau anda memang obses dengan fesyen, kombinasi warna terbaru yang dilancarkan ini dibarisi dengan warna-warna yang sempurna untuk mood-mood anda,” kata Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup. Tambah menarik, Dior Addict ini terhasil menggunakan 90 peratus bahan semula jadi.
LIMA WARNA BARU DIOR ADDICT
Memandangkan ada lima warna baharu diperkenalkan oleh Peter Philips menerusi koleksi yang baru ini, jadi izinkan EH! untuk pilihkan warna baju yang sepadan dengan warna gincu ini. Selain lima warna yang diperkenalkan ini, himpunan gincu ini ada lagi 35 warna untuk anda pilih.
Busana Hijau Pudina
Bagi anda yang mahukan sesuatu yang kontra, dan mengimbangi gaya yang lembut sopan, boleh bold kan pada pilihan warna gincu. Rona 546 Dolce Vita hadir dalam ton merah oren, dan pada hemat saya ia akan mencipta gaya kontras yang tak berlebihan.
Busana Hitam
Jika mahu melembutkan penampilan serba hitam, saya sarankan anda calit warna 481 Désir. Rona merah jambu ini cukup-cukup untuk buat senyuman anda tampak sempurna, sepadan pula dengan ton baju.
Busana Ungu atau Biru
Kalau mahu dalam penampilan senada, dari solekan dan baju, pilih Dior Addict dalam kod 391 Dior Lilac. Warna ungu yang manis dan chic. Barulah riasan wajah anda persis Jisoo.
Busana Merah Jambu
Okey kalau anda memakai baju warna merah jambu pekat, boleh lembutkan dengan pilihan Dior Addict 362 Rose Bonheur. Warna merah jambu gincu ini sangat lembut, hadir dalam ton nude yang saya rasa sebenarnya boleh dengan apa-apa warna baju jua.
Busana Merah
Saya cadangkan Dior Addict 616 Nude Mitzah jika anda memakai busana merah lebaran ini. Ini satu opsyen jika anda sudah bosan bergincu merah bila berbaju merah. Mungkin suda klise kan? Gincu dalam ton nude coklat ini pada pandangan saya memang cucuk, buat gaya raya yang lebih bold.
Koleksi Dior Addict sudah boleh dibeli secara dalam talian atau anda boleh tunggu 1 April untuk melihat sendiri koleksi ini di butik kecantikan Dior. Lagi satu, apa yang menarik tentang koleksi ini ialah anda boleh membeli bekas gincu pilihan dan juga terdapat dalam bentuk isian semula.
Klik pautan DIOR ini untuk membeli secara dalam talian.