Oktober hadir dengan satu warna yang berbicara tanpa kata: merah jambu.
Pinktober bukan sekadar trend warna — ia melambangkan kekuatan, perpaduan, dan harapan dalam perjuangan melawan kanser payudara. Bulan ini, biarlah rutin kecantikan anda membawa makna yang melangkaui cermin.
Daripada solekan yang menyerlahkan seri hingga penjagaan kulit yang memanjakan, pilihan berinspirasi merah jambu ini menunjukkan bahawa keyakinan sebenar bukan sekadar pada rupa, tetapi pada perjuangan yang kita dukung bersama.
Estée Lauder Transforming Hope Lip Collection Pink Ribbon Makeup Gift Set.
Estée Lauder mempersembahkan koleksi istimewa Pink Ribbon – Transforming Hope Lip Collection Pink Ribbon Makeup Gift Set.
Koleksi gincu eksklusif ini memberikan warna tahan lama dalam satu sapuan sempurna. Pilih antara kemasan licin, satin, atau matte sutera, dan lengkapkan gaya bibir anda dengan balsam berkilat tidak melekit yang kaya dengan kelembapan serta kilauan segera.
Semua ini didatangkan dalam beg kosmetik sulaman merah jambu yang elegan, simbol keanggunan dan harapan dalam perjuangan menentang kanser payudara.
Guerlain Rouge G Cherry Petal Case
Diinspirasikan oleh kelopak sakura yang halus, reka bentuk edisi terhad ini membaluti gincu ikonik Rouge G dalam sentuhan kelopak merah jambu lembut.
Di dalamnya tersimpan sapuan warna mewah dengan kemasan lembap dan berkilau, mencipta kesempurnaan antara keanggunan dan penjagaan.
Harga: RM170
Bobbi Brown Glow With Love Collection, Luxe Matte Liquid Lip
Glow With Love Collection, Luxe Matte Liquid Lip Gincu ialah cecair matte yang diperkaya dengan penjagaan kulit ini memberikan kelembapan segera dengan kemasan lembut seperti kusyen.
Koleksi Edisi Terhad Glow With Love menerangi jalan menuju kasih sayang dengan keindahan multidimensi, dibaluti dalam rekaan pembungkusan bertema kosmik yang memukau.
Harga: RM185
Sol De Janeiro Beija Flor Jet Set
The Renewing Body Wash membantu memperbaharui kulit dengan gabungan lembut asid bunga, squalane berasaskan tumbuhan, dan bio-retinol yang menjadikan kulit lebih halus dan segar.
Lengkapkan dengan Elasti-Cream yang mengunci kelembapan untuk kulit yang lembut, anjal dan licin sepanjang hari.
Akhiri rutin anda dengan Cheirosa 68 Perfume Mist, diserikan dengan haruman buah dan bunga yang menjadi kegemaran ramai daripada Sol de Janeiro, memberikan wangian lembut yang kekal lama di kulit.
Harga: RM 159
Oribe Serene Scalp Thickening Treatment Spray
Berikan akar rambut anda kasih sayang dengan Oribe Serene Scalp Thickening Treatment Spray.
Ringan dan mudah digunakan, ia memberikan volum segera sambil membantu rambut kelihatan lebih tebal dan sihat.
Diperkaya dengan Capixyl™, ekstrak pucuk kacang, dan biotin, ia menguatkan rambut, mengurangkan kerosakan, serta menyegarkan kulit kepala dengan rosmarin dan pudina. Hasilnya, rambut terasa gebum, segar, dan berkilau secara semula jadi.
Harga: RM391
Baca:
Cute on Wheels: 5 Kereta Pink & Comel Untuk Si Gadis
Pop-Up Dan Aktiviti Yang Diadakan Sepanjang Oktober 2025
Momen Kecantikan Terbaik dari Minggu Fesyen Musim Bunga/Panas 2026