EH! diterbangkan ke M Social Resort Penang untuk Pop Up eksklusif dan pertama MARE By Marion, diiringi jenama fesyen lokal ikonik Doublewoot.
Pop-up Mare by Marion ini membuka ruang untuk menyentuh, merasai dan memberi pengalaman secara peribadi kepada pengunjung secara lebih dekat.
Dengan suasana M Social Resort Penang yang bernafas baharu dikelilingi seni kontemporari serta permandangan Gunung Jerai dilautan andaman, membuatkan pengalaman kecantikan EH! selama tiga hari dua malam disini sungguh tenang.
Diterajui oleh ikon fesyen Marion Caunter, MARE tampil bersama label fesyen tempatan Doublewoot untuk sebuah hujung minggu penuh inspirasi.
Panel diskusi yang menggabungkan Marion Caunter dan Helen Tan, dimoderasi oleh Carolyn Wishnowski, menambahkan lagi nilai acara ini, ruang menjadi refleksi dan pengunjung berpeluang mendengar perkongsian kisah sebenar dari seorang usahawan yang juga bergelar ibu kepada keluarganya.
EH! approved, ini 5 produk MARE By Marion pilihan EH!
More Is More – Hair Shampoo 450ml (RM105)
Aroma segar yang tidak terlalu kuat, cukup lembut untuk memberi rasa “bersih” tanpa berlebihan. Selepas bilasan pertama, rambut terasa ringan dan bebas minyak, tetapi tidak kering.
Ia memberikan pengalaman seperti baru keluar dari salon, terasa bersih, lembut dan wangi yang kekal beberapa jam selepas digunakan.
More Is More – Hair Conditioner 450ml (RM105)
Dipadankan dengan syampu, perapi ini menambahkan kelembutan yang nyata pada rambut. Lebih mudah disikat tanpa kusut dan apa yang menarik, teksturnya tidak melekit.
Selepas kering, rambut terasa jatuh lebih natural dengan sentuhan berkilau yang tahan sepanjang hari.
More Is More – Hair Botanical Beverage (RM89)
Menariknya, MARE turut memperkenalkan minuman botanikal yang menyokong kesihatan rambut dari dalam.
Minuman ini diformulasikan dengan bahan semula jadi antaranya, mixed berry, peach dengan multivitamin, ekstrak saw palmetto dan paling penting, biotin iaitu bahan yang terkenal dengan manfaat meningkatkan kualiti rambut secara keseluruhan.
Lip Slick – Hydrating Sheer Lip Oil (RM56)
Our favourite! Teksturnya ringan, tidak melekit, tetapi melembapkan bibir dengan baik. Sapuan pertama sudah memberi kilauan sheer yang manis.
Nama-namanya yang playful seperti She’s All That, Never Been Kissed, dan Clueless, menjadikannya bukan sahaja produk kecantikan tetapi juga nostalgia yang mengingatkan kita pada filem-filem ikonik!
Hair & Body Mist (RM56)
Mungkin produk yang paling menggoda deria. Dengan tiga varian aroma, Orchard Breeze yang segar buah-buahan, Low Tide yang membawa nuansa laut, dan Clear Skies yang ringan serta airy, ia memberikan pengalaman berbeza mengikut mood.
Semburan pertama memberi kesegaran serta-merta, manakala wangian halusnya kekal hingga tiga ke empat jam, cukup untuk membuatkan kita rasa lebih segar sepanjang hari.
Baca: Lancôme Skin Science Club Perkenal Génifique Ultimate Baharu di Singapura