Anda tidak akan menoleh ke belakang lagi selepas ini!

1. MicroRNAs (juga dikenali sebagai miRs).Ia wujud secara semula jadi dan ia berfungsi sebagai suis penukaran awet muda wajah anda. Sekiranya diganggu oleh persekitaran, tekanan serta gaya hidup tidak sihat, ia akan terhasil dengan lebih banyak seterusnya meningkatkan tanda penuaan.
2. Muncul garisan halus serta kulit kusam?Ia adalah antara tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat. Setiap wanita melalui proses penuaan yang berlainan, oleh itu pemilihan produk yang betul haruslah dilakukan. Serum baru CHANEL LE LIFT menjanjikan kaedah lebih bijak – ia juga adalah serum anti penuaan yang berfungsi mengikut kesesuaian serta keperluan kulit anda.
Melalui hasil kajian yang dijalankan, CHANEL Research menemui kaedah teknologi baru yang tidak pernah digunakan di mana-mana produk kosmetik sebelum ini. Ianya mengandungi ekstrak 3.5-DA iaitu bahan aktif yang diperolehi dari tumbuhan yang dinamakan edulis. Produk 3.5-DA CHANEL LE LIFT Serum ini mempunyai dua faktor peranan iaitu mengawal penghasilan molekul miRs serta menggalakan pengeluaran protein untuk mengekalkan keremajaan wajah. Melalui fungsi ini, tisu kulit akan diperbaharui setiap hari dan seterusnya menghasilkan:
a. Wajah menjadi tegang
b. Kedutan hilang
c. Kontur wajah lebih terbentuk
d. Ketahanan kulit menjadi kuat seterusnya menjanjikan kelembutan serta keanjalan
Untuk menguatkan lagi daya tahan 3.5-DA, CHANEL Research turut menitipkan Rasveratrol-12, iaitu bahan molekul eksklusif yang dipatenkan khas. Molekul itu yang telah menjalani uji kaji selama sembilan tahun berfungsi untuk meningkatkan lagi keberkesanan anti penuaan sehingga 12 jam lamanya! #wajahmudaselamanya (#youthfulskinforever)
3. Lingkaran gelap bukan hanya kerana kurang tidur!
Sebaliknya ia turut dianggap sebagai tanda-tanda penuaan seperti kantung mata dan bengkak di bahagian mata. Bahagian kontur mata pula mencerminkan perubahan pada gaya hidup anda kerana ianya diliputi kulit nipis yang senang dilihat. Kawasan itu teramatlah sensitif walaupun hanya terhadap kelipan mata atau perubahan ekspresi muka. Cara paling cepat untuk menghalangnya? Sudah tentu dengan CHANEL LE LIFT Crème Yeux baru.
Turut menggunakan 3.5-DA, krim ini mengandungi bioteknologi ekstrak yis yang merangsang peredaran mikro di saluran darah bahagian kontur mata (selamat tinggal kantung mata!) dan ejen kompleks escinphytosterol untuk melindunginya (selamat tinggal lingkaran gelap!). Inilah jawapan kepada masalah mata panda anda.