Untuk Kulit Si Dia
Selain memakai pelembap di waktu siang, malam juga kulit perlu dirawat dan dibelai. Hadiahkan si dia Laneige Water Sleeping Mask EX untuk digunakan saban malam. Saya percaya setiap orang berdampingan dengan telefon bimbit sentiasa lebih-lebih lagi sebelum beradu, pasti mata akan dijamu dengan video-video TikTok ataupun melihat gamabr-gambar di Instagram, dan aktiviti sebegini sebenarnya ada kesan buruknya pada kulit. Aktivti sebegini akan memberi kesan kepada keseimbangan kulit yang berpunca daripada ketidakseimbangan microbiome. Sleeping mask ini membantu kulit mengembalikan semula penghadang pelindung kulit dan juga mengembalikan kelembapannya. Laneige Water Sleeping Mask EX yang baharu ini dilengkapi dengan teknologi Sleeping Microbiome™ dan Pro-biotics Complex yang baharu.