Untuk Rejim Bercukur Si Dia
Berpandukan kajian, seramai 70 peratus lelaki dewasa di seluruh dunia melakukan rejim bercukur setiap hari. Memahami keperluan itu, Chanel memperkenalkan set bercukur eksklusif yang dibarisi dengan krim cukuran, berus dan juga beg mini untuk mengisi keperluan grooming. ‘Shaving Cream’ yang membarisi keluarga baharu Bleu De Chanel ini dicipta untuk memberikan lelaki di luar sana pengalaman bercukur yang lebih lancar dan bersih. Ia mencipta buih pada kulit yang sudah dilembapkan dengan air lantas menjadikan aktiviti bercukur menjadi cukup lancar. Teksturnya buihnya juga jernih jadi anda boleh nampak jelas bahagian yang perlu dicukur, bukan seperti buih krim cukuran yang biasa. Beg mini kembara ini sedondon dengan warna Bleu De Chanel, biru navy, yang seperti kata Coco Chanel, warna yang paling chic untuk lelaki. Inilah produk grooming terkini mesti si dia miliki hari ini.