Untuk Tubuh Si Dia
Tidak lengkap set grooming tanpa ada haruman. Paco Rabanne Invictus Victory mengadunkan elemen kesegaran dengan ciri-ciri sebuah aroma maskulin, ia mengimbangi di antara bau yang segar dan moden dengan bau yang lebih pekat dan ‘berat’. Eau de parfum ini mengadunkan bahan-bahan sitrus, vanilla dan kacang tonka. Dibekaskan dalam botol kaca berwarna hitam kelam, kelalang ini tidak ubah seperti piala buat sang juara. Minyak wangi diinspirasikan daripada keazaman diri, yang mahu membina kekentalan jiwa agar tidak disinggahi sifat putus asa, mencabar diri dari kemampuan biasa-biasa juga memaksimumkan kesungguhan juga kekuatan jiwa. Bak kata mereka “kegagalan bukanlah satu pilihan”. Invictus Victory boleh dimiliki harga RM400 (100ml).
Artikel Berkaitan: Langkah Demi Langkah Solekan di Dior Men Fall/Winter 2021