Menerusi kempen ‘ Beauty Breaks Free’ Sephora Malaysia kembali bersama barisan produk terbaru untuk Fall 2021. Musim ini segalanya mengenai kekuatan diri, kesejahteraan mental dan positiviti tubuh badan.
Apakah Beauty Power anda? Untuk EH! Pula Beauty Power adalah booster kepada kesihatan tubuh badan, mental dan fizikal. Hanya diri sendiri boleh menyerlahkan kecantikan diri. Melalui tiga kategori iaitu Embrace Your Mind, Flaunt Your Skin dan Ignite Your Soul, EH! Bariskan produk terkini dan terbaik khas dari koleksi musim Fall 2021 hanya di Sephora Malaysia.
PIXI +ROSE ESSENCE OIL, RM120
Minyak hibrid ini bertekstur lightweight meninggalkan kesan kelembapan secara menyeluruh untuk sepanjang hari. Dan juga sesuai digunakan sebagai booster kulit wajah. Cara penggunaan mudah secara bare skin atau prep wajah sebelum aplikasi mekap. Bakal berada di pasaran pada 16 September.