Ubah stigma “New Normal” yang menyusahkan kepada cara menjaga kesihatan dan kecantikan yang baru. Ketahui tekanan dan kesan dari pandemik yang banyak mempengaruhi gejala haid dan hormon wanita, serta langkah terbaik mengubatinya.
Penjagaan masa yang baik amat penting untuk menghadapi pelbagai rintangan sepanjang hari. Ternyata tidak di sangkal lagi, tekanan atau “stress” semasa pandemik global ini merupakan satu topik hangat di antara kebanyakan individu. Perasaan seperti tekanan, kegelisahan, dan keadaan ketika lockdown memberikan impak besar kepada semua. Terutamanya wanita, apabila terjejas dengan kekacauan pada kitaran haid, keseimbangan hormon normal banyak terganggu, jerawat mula memenuhi wajah, dan beberapa isu lain yang tidak teratur. Apabila segalanya serba tidak kena atau tidak teratur, badan kita mula tidak seimbang. Kesihatan perlu dititikberatkan sama ada secara fizikal mahupun minda kerana ia saling berkait. Gejala haid yang tidak teratur memain peranan besar dalam keseimbangan dalam badan bagi seorang wanita, dan mencari jalan untuk mengurangkan tekanan atau stress setiap hari – merupakan rutin penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Bagaimana caranya dan apa yang boleh anda lakukan untuk merawat gejala haid yang terganggu ketika pandemik ini? EH Malaysia menyenarai beberapa tip di bawah!
Perhati Kitaran Menstruasi Anda
Kitaran haid adalah siri perubahan bulanan yang dilalui oleh tubuh, di ovari dan lapisan rahim (endometrium), sebagai persediaan untuk kemungkinan hamil. Semasa menjalani kitaran haid, badan anda membuang penumpukan tisu bulanan yang tidak diperlukan lagi. Gejala sindrom pra-menstruasi (PMS) bermula satu hingga dua minggu sebelum haid dan gangguan perubahan hormon siklik normal termasuk kenaikan berat badan, kekejangan haid, sakit kepala, menangis, kemurungan, perubahan mood, kegelisahan, kerengsaan, dan keletihan. Ia akan hilang secara perlahan apabila haid bermula. Selain itu, tekanan psikologi dan emosi dari pandemik telah menyebabkan peningkatan kemurungan, kegelisahan, perubahan mood, mudah marah, dan lain-lain – menyebabkan gejala PMS menjadi dua kali berlipat ganda. Ia mampu menyebabkan perubahan pada kitaran haid anda seperti pertukaran frekuensi, aliran, dan durasi haid. Memerhati dan menyedari perubahan kitaran anda, adalah langkah pertama untuk mengatasi gejala haid yang menyebabkan kesakitan dan tidak selesa.
Pantau Stress dan Bagaimana ia Mengganggu Kitaran Menstruasi
Mungkin sudah tiba masanya untuk membuat janji temu telehealth atau mengunjungi perkhidmatan kesihatan yang menyediakan servis buat gejala seperti kegelisahan, kemurungan, atau kerengsaan berterusan setelah haid anda bermula. Buang rasa takut untuk merujuk kepada perkhidmatan kesihatan sedemikian. Salah satu cara lain untuk memantau kitaran haid adalah dengan menyimpan data secara manual, seperti mencatat nota atau tarikh di dalam buku nota. Penyimpanan data kini juga lebih mudah untuk di rekod secara digital, dengan aplikasi seperti Period Tracker, Period Calendar, Clue, Flo, dan beberapa pilihan lain.
Kekal Terhidrat dan Memakan Makanan Anti Keradangan
Untuk mengekalkan hidrasi, tubuh badan memerlukan air yang banyak. Jika anda selalu terdengar ramai yang mengesyorkan minum air sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari. Ada juga beberapa makanan yang berasaskan daripada air seperti beri, saderi, dan timun untuk membantu mengekalkan penerimaan air dalam badan. Rutin untuk minum air sebanyak mungkin, perlu dilakukan tanpa mengira waktu, manakala minum air suam atau panas juga bermanfaat dan didapati dapat mengendurkan otot rahim. Mungkin anda boleh menikmati kebaikan teh hijau atau halia dalam minumpan panas anda. Dari segi diet dan pemakanan, wanita disyorkan untuk mengelak makanan yang menyebabkan kembung termasuk kacang, brokoli, kubis brussel, kubis, dan makanan yang tinggi sodium. Sebaliknya makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran, protein tanpa lemak, dan karbohidrat kompleks, seperti biji-bijian dan beras perang, untuk mengelakkan kembung. Manakala makan seperti tomato, asparagus, jus lemon, dan bawang putih dapat membantu mengurangkan kembung dan bengkak.
Penggunaan Pad Pemanas
Sesetengah wanita merupakan individu yang bertuah jika kitaran haid mereka tidak mengakibatkan mereka mengalami kesakitan atau cramps melampau. Tetapi bagi sesetengah yang tidak bernasib baik, setiap bulan ada peperangan baru yang perlu dihadapi. Penggunaan pad pemanas dapat meningkatkan peredaran darah dan melegakan keradangan untuk membantu mengurangkan kekejangan haid ketika merehatkan badan. Pad pemanas boleh didapati di farmasi berhampiran, dan alat tersebut sama ada pad pemanasan elektrik yang boleh dicas, atau seperti bag getah yang memerlukan pengisian air panas sebelum digunakan.
Rutin Harian yang Sihat dan Kekal Aktif
Wanita di syorkan melakukan senaman secara berkala, empat hingga enam kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali. Terutamanya semasa kuarantin ini ketika lebih sukar untuk bergerak kemana-mana dan tubuh badan masih perlu kekal aktif. Salah satu bentuk latihan yang paling popular untuk menjaga keseimbangan badan adalah yoga, kerana pose popular seperti pose anak, anjing menghadap ke bawah, dan pose atau langkah-langkah yang dapat menegangkan badan secara menyeluruh. Pose unta dikatakan sebagai gaya atau langkah yang dapat membantu menghilangkan kram. Mempraktikkan fokus atau perhatian juga adalah langkah penting untuk penjagaan haid. Dari meditasi hingga pernafasan, aktiviti perhatian dapat membantu mengurangkan rasa sakit, keletihan, dan tekanan.
Artikel berkaitan Petua Tradisional Untuk Stabilkan Hormon