1. Kulit Kering
Gunakan pupur krim untuk kulit jenis ini. Sediakan teksturnya dalam keadaan sejuk atau pun suam, kedua-duanya memberi kesan yang efektif. Pupur jenis ini mampu melembap dan merawat kulit kering dan sensitif. Selain itu pupur dan lulur wajah yang memiliki formula dengan kemampuan menahan kelembapan air pada kulit, seperti asid hyaluronic dan gliserin adalah sesuai untuk kulit kering. Produk dengan kandungan Vitamin E dan minyak zaitun juga membantu menjaga kelembapan pada kulit. Namun anda perlu tahu, produk untuk wajah yang kering tidak boleh digunakan terlalu kerap, cukup sekadar seminggu sekali.