2. Kulit Tua
Untuk wajah dengan garis-garis halus memerlukan formula yang memiliki kandungan retinol, asid glycolic atau peptida yang membantu mengurangkan garis-garis halus atau kedutan. Mungkin dengan hanya pemakaian lulur dan pupur ini tidak akan terus menerus menghilangkan kedutan atau garis halus namun sekurang-kurangnya kulit menjadi lebih anjal dan bahan-bahan tadi dapat membantu memperlahankan proses penuaan. Namun bahan seperti asid glycolic selalunya merengsakan kulit, jadi jangan gunakan terlalu kerap. Hindari penggunaan pada bahagian mata dan mulut. Produk jenis ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.