3. Kulit Berjerawat
Kulit yang berjerawat selalunya disebabkan oleh bakteria yang membiak akibat pori-pori yang tersumbat. Oleh sebab itu, penyelesaian yang bijak adalah dengan menggunakan pupur pengelupasan bagi menyingkirkan bakteria dan minyak berlebihan. Pupur jenis ini mengandungi bahan seperti asid salicylic yang berfungsi sebagai bahan pengelupasan lantas membersihkan pori-pori. Formula dengan kandungan benzoyl peroxide dan sulfur pula membantu membunuh bakteria. Bagi mengelakkan kulit menjadi kering akibat bahan ini, cuba elakkan penggunaan yang kerap. Tetapkan hanya seminggu sekali dan fokuskan pada bahagian yang berjerawat seperti zon-T, hindari bahagian mata serta mulut.