4. Kulit sensitif
Kulit wajah yang cerah lebih cenderung memiliki kulit yang sensitif. Untuk kulit jenis ini apa yang perlu adalah gunakan produk yang mengandungi bahan seperti lidah buaya, chamomile, timun atau teh hijau kerana ia mampu menghilangkan kemerahan kulit lantas melegakan kulit yang merengsa. Formula sulfur, licorice dan xanthine pula membantu menghilangkan garis-garis kapiler darah yang ketara di wajah. Mulai dengan mengaplikasikan seminggu sekali. Jika menunjukkan perubahan dan tiada alergi, maka boleh dikerapkan dua kali seminggu. Ia juga selamat digunakan di seluruh wajah. Untuk mencucinya cukup gunakan jari, jangan gunakan kain, agar kulit tidak merengsa.