Gambar: soompi.com
Seperti yang kita tahu, wanita Korea sangat prihatin akan penjagaan wajah dan kecantikan mereka. Tidak hairanlah mengapa industri kecantikannya sangat kompetetif dan sering tampil dengan pelbagai produk penjagaan wajah serta tubuh. Artis gelombang Hallyu secara tidak langsung menjadi ikon dalam dunia kecantikan dan mereka bukan sahaja dapat menjana pendapatan dengan menjadi “wajah” kepada jenama kecantikan malah amat dikagumi oleh wanita yang menjadikan kejelitaan mereka sebagai inspirasi.
Mungkin ada yang masih skeptikal dengan sesetengah artis di sana yang dianggap punyai wajah plastik tetapi ada sebilangan pelakon wanita mempunyai kecantikan semulajadi yang terserlah melalui kulit yang mulus dan juga seri yang bersinar dengan rutin penjagaan wajah tersendiri. Tentunya mereka ada petua untuk tampil berseri-seri yang anda juga boleh praktikkan.