Teks : Razin Mohd
Kalau bersembang tentang hal cinta, masing-masing pasti ada pegangan dan cara fikiran yang tersendiri, itulah topik yang dibincangkan buat ketiga jelitawan Kaka Azraff, Jasmine Suraya dan Bella Dally, Namun apa yang menarik mereka semua bersependapat tentang satu perkara iaitu Bold Lips!
Jaket bulu Kaka Azraff dari MIXXO. Pakaian Bella Dally & Jasmine Suraya dari Forever21.
“Bold lips sahaja tidak cukup, kita wanita kene DARING!” kata Kaka Azraff semasa sedang sibuk bersembang tentang hal cinta. Bold lips sudah semestinya memeberi raut wajah tampak lebih Sexy, berani dan lebih berkeyakinan, walaupun hanya mengoles tema solekan asli, satu calitan gincu dibibir yang terang sudah cukup untuk membuat si dia menoleh dua kali.
Sempena merai hari kekasih Shiseido ketengahkan satu barisan warna menarik buat calitan dibibir dengan tekstur yang ringan, pusam, tahan lama, blendable dan breathable! Kesemua kebimbangan wanita dalam mencari calitan gincu sudah terjawab dengan gincu ModernMatte dari Shiseido ini.
Formula ringan bak udara ini dirumus bersama Velvet Powder yang memberi kemasan pusam yang tahan sehingga lapan jam. Optical Brightening Pigments pula memberi satu calitan yang berpigmen dengan warna yang terang terus memukau sesiapa sahaja yang melihat, manakala Lightweight Waxes & Oils pula memelihara kulit bibir dengan memberi satu salutan yang melembap biarpun dalam calitan yang pusam.
24 warna yang dibariskan ini diinspirasikan dari keindahan malam hari di Tokyo, setiap satu darinya dihasilkan bagi mencipta pesona wajah yang berbeza-beza bermula dari warna asli dan lembut 501 – Jazz Den hinggalah warna malap tapi menyerlah 524 – Dark fantasy nan menawan. Tambah menarik ia juga datang dengan penutup bermagnet yang memberi rasa premium tiap kali digunakan, semestinya sudah jadi item kegemaran ketiga-tiga gadis ini!
Shiseido ModernMatte boleh dimiliki pada harga RM115 setiap satu dan boleh didapati di kaunter dan butik Shiseido berhampiran anda!