Matrix Professional secara rasmi memasuki pasaran Malaysia pada 2 September 2026, sekali gus menandakan peluasan jenama penjagaan rambut profesional di bawah L’Oréal itu ke Asia Tenggara. Pelancaran ini turut menampilkan KATSEYE Sophia, Daniela, Lara, Manon, Megan dan Yoonchae sebagai Duta Global Matrix.
Pemilihan KATSEYE terasa cukup tepat. Setiap ahli hadir dengan identiti, tekstur rambut dan cara berekspresi yang tersendiri, selari dengan identiti Matrix yang mahu penjagaan rambut profesional terasa lebih inklusif dan relevan kepada generasi baharu dan bagi KATSEYE, setiap flip, toss dan gerakan rambut memainkan peranan sama penting dengan koreografi mereka. kini, jenama yang menjadi sebahagian daripada hair game mereka akhirnya tiba di Malaysia.
Koreografi Menjadi Hairography
KATSEYE bukan sekadar muncul sebagai wajah kempen. Menerusi kempen global Matrix Moves, jenama itu mengambil sesuatu yang cukup sinonim dengan KATSEYE iaitu koreografi lalu menjadikan rambut sebahagian daripada gerakan tersebut. Enam gerakan hairography berbeza yang diinspirasikan daripada personaliti, rambut dan produk pilihan setiap ahli dimana Daniela membawa The Soft Slay, Lara dengan The Sleek Swerve, Megan tampil sebagai The Bond Baddie, Yoonchae pula dengan The Miracle Maknae, sementara Sophia mempersembahkan The Glow Throw dan Manon dengan The Bounce Drop.
Di sebalik nama-nama yang playful itu sebenarnya terselit mesej yang cukup mudah tidak semua rambut memerlukan perkara yang sama. Ada yang sentiasa berdepan frizz, ada yang terasa kering selepas terlalu banyak penggayaan, manakala rambut yang kerap diwarnakan pula mungkin memerlukan perhatian berbeza. Dan Matrix mahu memudahkan pemilihan rutin mengikut keperluan rambut.
Lebih 40 Tahun Dalam Dunia Rambut Profesional
Walaupun baru memasuki Malaysia, Matrix bukanlah nama baharu dalam industri rambut. Diasaskan oleh pasangan pendandan rambut Arnie dan Sydell Miller pada 1980, Matrix dibangunkan dengan hubungan rapat bersama komuniti pendandan rambut profesional sebelum menyertai L’Oréal pada tahun 2000. Hari ini, jenama tersebut digunakan oleh lebih 500,000 pendandan rambut di lebih 40 negara.
Untuk pasaran Asia Tenggara, Matrix memberi perhatian kepada tiga masalah yang cukup dekat dengan rutin rambut harian kita iaitu rambut mengembang, kekurangan hidrasi dan kerosakan. Pendekatan yang dinamakan “Pop Science” pula menggabungkan bahan aktif yang semakin familiar dalam dunia kecantikan, termasuk hyaluronic acid dan squalane, bersama ramuan seperti avocado serta jojoba oil.
Mega Sleek Untuk Rambut ‘Frizz’
Kalau rambut cantik selepas blow-dry tetapi mula mengembang sebaik keluar rumah, Mega Sleek mungkin rangkaian yang paling dekat dengan keperluan anda. Hero produknya, Mega Sleek 96H Anti-Frizz Topcoat, merupakan serum pelicin pekat yang diformulasikan dengan oleic acid dan jojoba oil. Formula yang diaktifkan dengan haba ini menawarkan kawalan frizz sehingga 96 jam, termasuk dalam kelembapan sehingga 97 peratus, selain perlindungan haba sehingga 230°C.
Produk ini dipadankan dengan Lara dan gerakan The Sleek Swerve sesuai dengan hasil rambut licin dan sleek yang menjadi fokus rangkaian ini. Rutin Mega Sleek bermula dengan Smoothing Shampoo (RM65) dan Smoothing Conditioner (RM65), diikuti Smoothie Supreme Mask (RM119) untuk rawatan lebih intensif sebelum dilengkapkan dengan 96H Anti-Frizz Topcoat (RM110).

Food For Soft Untuk Rambut Kering
Jika masalah utama anda bukan frizz tetapi rambut yang terasa kasar, kering dan kurang bermaya, anda boleh mencuba Food For Soft. Rangkaian ini menggunakan gabungan avocado oil dan hyaluronic acid bahan yang lebih sinonim dengan serum wajah tetapi digunakan di sini untuk membantu mengekalkan kelembapan rambut.
Food For Soft memberikan sehingga tujuh kali lebih hidrasi, kelembapan sehingga 72 jam serta dua kali lebih kilauan berbanding syampu tanpa kondisioner berdasarkan ujian jenama. Ia juga merupakan pilihan Daniela, yang menurut Matrix menggunakan Food For Soft Hair Oil untuk membantu mengekalkan hidrasi terutama pada bahagian hujung rambut keritingnya.
Rangkaiannya merangkumi Hydrating Shampoo (RM65), Detangling Conditioner (RM65), Rich Hydrating Treatment Mask (RM119) dan Multi-Use Hair Oil Serum (RM70).
Baik Pulih Rambut Dengan Instacure Build-A-Bond
Bleaching, mewarna, meluruskan, curling, blow-dry semua proses ini boleh meninggalkan kesan. Untuk rambut yang sudah melalui terlalu banyak eksperimen, Matrix memperkenalkan Instacure Build-A-Bond.
Formulanya menggabungkan squalane untuk membantu melembut dan melicinkan rambut dengan citric acid, yang digunakan dalam sistem ini untuk membantu menguatkan struktur rambut dengan penggunaan berterusan. Hero produknya, Billion Bond Oil, pula diformulasikan untuk menangani tanda-tanda kerosakan sambil memberikan kilauan tanpa rasa terlalu berminyak.
Menurut data ujian yang dikongsikan Matrix, penggunaan sistem syampu, perapi dan minyaknya memberikan rambut sehingga lima kali lebih kuat secara serta-merta serta membantu mengurangkan penampilan hujung bercabang. Tidak hairanlah rangkaian ini dipadankan dengan Megan menerusi gerakan The Bond Baddie.

Satu Botol, 20 Manfaat
Untuk mereka yang tidak mempunyai masa atau kesabaran untuk rutin rambut berlapis-lapis, ada satu lagi pilihan menarik iaitu Miracle Creator Multi-Tasking Leave-In Treatment (RM100) iaitu semburan tanpa bilas yang menawarkan 20 manfaat rambut dalam satu formula. Ia mengandungi lactic acid, dua bahan humektan serta tiga minyak kelapa, kacang soya dan badam manis.
Fungsinya merangkumi membantu melembut dan melicinkan rambut, meningkatkan kilauan, memudahkan rambut disikat, mengawal frizz, menyediakan rambut sebelum penggayaan serta memberi perlindungan haba sehingga 230°C. Bagi KATSEYE, produk multitugas ini menjadi pasangan kepada Yoonchae dan The Miracle Maknae.

Matrix Professional Kini Di Malaysia
Dengan ketibaannya di Malaysia, produk Matrix Professional kini boleh didapati di cawangan Watsons terpilih serta kedai rasmi Matrix di Shopee, manakala pelancarannya di TikTok Shop dijadualkan pada Oktober 2026.
Kehadiran Matrix memberi satu lagi pilihan kepada pengguna tempatan yang mahukan penjagaan berteraskan kepakaran profesional tetapi masih mudah dimasukkan ke dalam rutin harian. Dan dengan KATSEYE membawa sedikit pop-star energy ke dalam persamaan, menjaga rambut mungkin terasa sedikit lebih menyeronokkan. Hairography ala KATSEYE mungkin perlukan latihan tetapi sekurang-kurangnya sekarang, produk penjagaan rambut mereka sudah sampai Malaysia.

Artikel Berkaitan: Kumpulan KATSEYE dan 5 Selebriti Ini Menghiasi Kempen Ogos 2025


