Bunyi seakan tidak percaya, tetapi hakikatnya Duchess Kate Middleton sememangnya mengamalkan penggunaan Nutella untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajahnya.
Deborah Mitchell merupakan jurusolek peribadi Kate yang memaklumkan akan perkara tersebut. Bakal permaisuri England itu memastikan kulitnya kekal gebu dan mulus hanya menggunakan coklat kegemaran ramai itu.
Menerusi sebuah wawancara bersama ITV, Mitchell menyatakan yang Kate mengamalkan sapuan Nutella pada wajah sebagai masker. Ia dikatakan mampu melembapkan kulit wajah.
Tambahnya lagi, jika coklat Nutella dicampurkan dengan gula, ia sangat bagus untuk memberikan kulit wajah yang halus mulus. Katanya lagi, cuba amalkannya selama tujuh hingga lapan hari untuk lihat keberkesanannya dan jangan sekali campurkan coklat Nutella bersama air.
Mitchell bukan hanya seorang jurusolek kepada Kate, malah juga penasihat kecantikan kepada Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.