Edisi terhad Andy Warhol X SK-II PITERA™ Essence hadir dengan gabungan elemen pop art! Kolaborasi istimewa ini membawa kepada generasi milenial terutama dalam dunia kecantikan.
Broadcast your beauty! Paparkan wajah sihat dan segar bersama produk kegemaran ramai. SK-II menampilkan kolaborasi unik bersama Andy Warhol menerusi SK-II PITERA™ Essence. Gabungan dua dunia berbeza terutama por-art dan kecantikan dikatakan cukup unik dan diluar batasan. Edisi terhad ini hadir dengan set hadiah unik iaitu beg pouch yang diperbuat daripada ECONYL berasaskan fabrik nilon regenerasi. Beg ini adalah inspirasi daripada Andy Warhol TV dan boleh dikitar-semula.
Artikel berkaitan SK-II My PITERA™ Story Akan Merubah Rutin Penjagaan Kulit Anda Selamanya
PITERA™ Essence merupakan produk signature dan paling laris di pasaran. Formulanya yang mengandungi 90 % PITERA™ adalah ramuan eksklusif hanya boleh didapati di SK-II. Kandungannya berasaskan semulajadi dan melalui proses pemerapan secara unik. Di Asia, digelar sebagai, “Miracle Water” kerana keupayaannya boleh merawat wajah kembali bersinar bab kilauan kristal. Menurut, GaYoon Jung, Senior Brand Director Global SK-II, “At SK-II, we are constantly decoding pop culture to connect with the consumers of this generation, especially the millennials and Gen Z”. Menerusi kolaborasi ini, edisi terhad Andy Warhol X SK-II PITERA™ Essence seperti melintasi halangan antara budaya pop dan memberi inspirasi kepada dunia dengan pelbagai elemen.