PKP atau tidak, wajah haruslah tampak glow di pagi raya. EH! Bariskan produk penjagaan kulit wajah terbaik.
Tinggal beberapa hari lagi, kita akan menyambut Aidilfitri. Walaupun tahun ini cara sambutannya agak berbeza, hanya sekadar berada di rumah.Tidak bermakna anda harus kelihatan kusam seperti tidak ada ‘mood’ untuk beraya. EH! Bariskan beberapa produk penjagaan kulit wajah yang akan buat kulit anda lebih bersinar dan kekal lembap sepanjang hari
FRESH ROSE DEEP HYDRATION FACE CREAM
Setiap hari kulit wajah secara semula jadi akan kekurangan air daripada lapisan dalam epidermis hinggalah ke permukaan wajah. Kulit dihidrasi adalah disebabkan kurangnya air, masalah perubahan cuaca, diet tidak seimbang dan gaya hidup tidak terkawal. Oleh itu, Lev Glazman menampilkan krim pelembap sedia ada tetapi ramuannya diperbaharui untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih mendalam.
FRESH memperkenalkan Rose Deep Hydration Face yang dapat melindungi kulit dengan ekstrak Damask Rose dengan tekstur silky lightweight mudah menyerap pada kulit wajah dan aromannya cukup bangkitkan mood segar anda kala bersiap di pagi hari. Yang penting kelembapan tahan selama 72 jam. Rose Deep Hydration Face bakal berada di pasaran 3 Jun 2021.
Artikel berkaitan 8 Tip Kulit Glowing Menjelang Raya