AHC LUMINOUS GLOW EYE CREAM

Jenama penjagaan kulit No.1 Korea, AHC kini memperkenalkan produk baru, Luminous Glow Eye Cream yang memberi kesan rejuvenasi dan menawarkan rawatan pencerahan kulit premium 2 in 1 bagi mata dan kulit wajah. Ini terbukti secara teknikal dapat mencerahkan kulit dan mengurangkan kedutan dalam 14 hari. Produk multifungsi ini mampu mengatasi lebih 8 masalah kulit dengan mudah. Kandungan Gluta-I Complex mampu beri manfaat kulit berseri dan anti-penuaan. Selain itu, gabungan ramuan glutathione yang kaya dengan antioksidan, alpha-bisabolol, vitamin C, asid hialuronik dan adenosin dapat merangsang kulit untuk penghasilan kolagen berlebihan.