Rawatan yang selama ini hanya terdapat di salon, kini sudah boleh dibawa ke rumah. Schwarzkopf Professional perkenalkan rangkaian baru setanding rawatan rambut di salon, inilah rahsia rambut menawan.
Orang selalu kata rambut itu mahkota wanita, tapi percayalah lelaki juga sangat pentingkan penjagaan rambut. Lelaki juga selalu risau andai sampai satu usia yang rambut mereka tidak lagi selebat zaman muda, jarang-jarang dan akhirnya menyebabkan kebotakan. Jadi saya percaya soal penjagaan rambut bukan hak milik satu jantina sahaja. Lelaki dan perempuan sama-sama perlu memelihara rambut mereka.
Jadi, apa yang Schwarzkopf Professional perkenalkan ini adalah sesuatu yang baik untuk semua. Berpandukan kajian jenama terkenal ini, setiap orang mempunyai masalah rambut yang pelbagai, dan penjagaannnya juga haruslah sepadan dengan isu yang dialami. Antara masalah lazim ialah rambut kering, rosak, rambut diwarnakan dan rambut menipis atau gugur. Berdasarkan masalah-masalah ini Schwarzkopf Professional mencipta satu rangkaian yang menawarkan produk yang fokus secara spesifik masalah yang dihadapi. Dan menariknya produk-produk ini boleh disuaipadan dengan masalah yang dialami.
Biasanya rambut yang diwarnakan boleh jadi berhadapan dengan masalah rambut kering, jadi ia memerlukan produk yang boleh memelihara warna dan dalam masa yang sama memerlukan belaian atau formula untuk melembapkannya. Biasanya rawatan sebegini hanya terdapat di salon, dan Schwarzkopf Professional menerusi rangkaian mengambil keputusan untuk mencipta satu rangkaian yang Boleh dipanjangkan penggunaannya di rumah, dan rangkaian ini dinamakan sebagai Fibre Clinix.
Artikel Berkaitan: Tujuh Selebriti Wanita Serasi Berambut Pendek
Rangkaian ini tampil dengan lima booster yang dicipta khusus untuk masalah rambut atau fokus penjagaan anda, antaranya ialah Fibre Clinix Vibrancy Booster (untuk rambut yang diwarnakan), Fibre Clinix Fortify Booster (untuk rambut rosak), Fibre Clinix Hydrate Booster (masalah rambut kering), Fibre Clinix Volumize Booster (untuk rambut halus) dan Fibre Clinix Tame Booster (untuk rambut yang tidak terurus). Rangkaian ini juga dilengkapi dengan syampu, perapi dan krim merawat rambut.
Rangkaian ini disempurnakan dengan formula yang berpadanan dengan fokus penjagaan; memelihara warna, menguatkan rambut, menghidrat, melebat dan formula dengan Ceramide untuk membuatkan rambut lebih terurus.
Artikel Berkaitan: Rambut Keriting, 5 Tip Penting Menjaganya