Sama seperti penjagaan wajah, yang mana kulit wajah harus dibelai dengan serum dan pelembap, penjagaan rambut juga penting buat wanita. Mahkota wanita ini harus tampak lembap, segar dan kuat. Tetapi dalam kita menjaga kesihatan kulit dan tubuh kita seringkali alpa tentang kandungan di dalammnya yang rata-ratanya kurang mesra dengan alam persekitaran.
Antara punca utama rambut menjadi kering dan kusam adalah dari pencemaran udara dan cuaca panas, dan punca ini sendiri sebenarnya merupakan kesan buruk dari tabiat kita, asyik sering menggunakan produk dengan bahan-bahan tidak mesra alam sekitar. Mujur kini sudah ada beberapa jenama yang sudah mula mengeluarkan produk penjagaan yang bukan sahaja bermanfaat untuk digunakan pada tubuh tetapi juga menggunakan bahan-bahan asli, vegan, mesra alam dan tidak diuji pada haiwan.
Aveda adalah salah satu darinya, dan kali ini jenama penjagaan rambut yang kaya dengan bahan botanika ini hadir dengan satu rangkaian baharu yang mampu membekalkan semula kelembapan pada rambut juga bebas dari bahan yang mengancam alam sekitar dengan rangkaian baharu Aveda nutriplenish™ dalam bekas serba merah jambu yang menawan.
Mahu mencetus lagi keistimewaan rangkaian produk baharu ini, ia juga jadi kegemaran Eyka Farhana dan Alicia Tan. Saksikan video dibawah untuk saksikan bagaimana Eyka membantu Alicia untuk mengembalikan nutrisi pada rambutnya yang kering.
Nutrien penghidratan berkuasa untuk semua jenis rambut dan tekstur
Koleksi nutriplenish™ ini mengetengahkan dua set produk penjagaan iaitu light dan deep moisture yang dirumus tanpa bahan silikon, sepenuhnya vegan, tidak diuji pada haiwan dan juga diformulasikan khas untuk menghidrasi kesemua jenis rambut dan tekstur selama 72 jam. Koleksi ini juga turut menampilkan minyak rambut dan perapi tanpa bilas bagi memberi penghidratan yang lebih mujarab dalam membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Tekan butang ‘next’ dibawah untuk ketahui setiap satu darinya!