Menjelangnya Hari Ibu tidak lama lagi, pemberian hadiah bukanlah sekadar barang semata, ia merupakan ungkapan atau simbol kasih sayang dari kita buat ibu tersayang, menjadikan harinya lebih istimewa dari biasa.
Hari Ibu adalah saat yang istimewa untuk kita menghargai figura hebat yang bergelar ibu. Di tengah kesibukan sehari-hari, seringkali kita lupa untuk memberikan penghargaan yang sepatutnya buat mereka.
Daripada produk penjagaan rambut hingga penjagaan kulit, yang pasti akan membuatkan mereka terseyum lebar di hari istimewa, EH! telah senaraikan 10 produk eksklusif untuk anda raikan bersama Ibu tersayang.
Sepuluh Produk Eksklusif Hari Ibu Pilihan EH!:
1. Dyson
Dyson melancarkan edisi istimewa, terinspirasi oleh simbol kasih sayang yang abadi, mutiara. Dyson Supersonic™ hair dryer dan Dyson Airwrap™ multi-styler hadir dalam warna Ceramic Pink dan Rose Gold yang elegan, melambangkan keanggunan dan kehangatan mutiara. Kedua-dua alat ini tidak hanya bergaya, tetapi juga mempunyai teknologi terkini untuk pengalaman penataan rambut yang lebih baik. Edisi eksklusif Hari Ibu ini boleh didapati di Dyson Demo Stores dan Dyson.my.
2. Kérastase
Pastikan ibu anda tersenyum dengan set istimewa daripada Kérastase, dimana ia hadir dengan kotak hadiah edisi terhad dari rutin penjagaan rambut paling popular mereka. Set hadiah ini tidak hanya akan membantu ibu anda memiliki rambut bersinar, tetapi juga membawa atmosfera berbunga ke rumah. Dengan set ini, ibu anda dapat menikmati pengalaman penjagaan rambut mewah yang akan meningkatkan kecantikan semulajadi rambutnya.
3. Swarovski
Dari koleksi yang mencuri perhatian hingga reka bentuk yang memberi kesan timeless buat si pemakai, Swarovski menawarkan koleksi barangan perhiasan yang sempurna buat ibu yang luar biasa. Setiap perhiasan daripada Swarovski adalah ungkapan cinta dan penghargaan yang sempurna buat ibu tersayang, mencerminkan kelebihan dan keunikan seorang ibu dengan setiap momen istimewa bersama Swarovski dengan keindahan yang akan dikenang selamanya.
4. Longines
Longines menghadirkan koleksi jam tangan DolceVita edisi khas untuk Hari Ibu, dengan 8 variasi menarik. Jam tangan ini bukan hanya sekadar aksesori fesyen, tetapi juga simbol penghargaan kepada ibu-ibu yang luar biasa. Dari design moden hingga klasik timeless, anda pasti sudah temukan jam tangan yang sempurna untuk merayakan ibu tersayang yang selalu memberi inspirasi setiap hari.
5. Fossil
Dari beg tote kulit hingga beg bahu, hadiah Hari Ibu dari Fossil, “Mother’s Day Purses That Are Fun & Functional,” menawarkan ukiran nama pada beg tangan khas Hari Ibu. Sama ada warna neutral klasik ironik Fossil atau warna yang berani dan corak yang menyeronokkan, pelbagai pilihan beg untuk Hari Ibu dari Fossil memastikan anda mendapat apa yang anda cari sempena Hari istimewa ini.
6. DIOR
Dior menghadirkan set hadiah istimewa yang dihiasi dengan motif alam semula jadi, bunga emas dan kupu-kupu yang memukau menghiasi set hadiah eksklusif Hari Ibu. Setiap set hadiah dilengkapi dengan wangi, solekan, dan penjagaan kulit yang dipersembahkan dalam kemasan edisi terhad yang dilengkapi dengan ukiran percuma untuk penjenamaan peribadi.
7. MAC
Tunjukkan penghargaan anda dengan mengirim produk eksklusif khas dari MAC Cosmetic untuk wanita istimewa dalam hidup anda. Anda boleh memilih produk ikonik kegemaran ibu anda dan tambahkan lebih banyak item yang akan dia nikmati olehnya. Setiap pembelian melebihi RM200 akan mendapatkan lipstick percuma dari MAC!
8. LUMI
Produk kecanbtikan, LUMI telah menyusun rangkaian hadiah yang memukau untuk semua wanita hebat di luar sana. Rangkaian istimewa ini termasuk Rose Brightening dan Cica Calming Moisture Mask JUMBO yang terlaris dari jenama lokal ini. Terdapat juga refreshing micromist Rose Set Glow Hydrating Mist, dan Self-Care Cup yang meremajakan dan memberi kelembapan pada kulit menjanjikan kulit cerah secara semulajadi dengan pemakaian yang kerap.
9. Paula’s Choice
Paula’s Choice memperkenalkan promosi eksklusif sempena Hari Ibu, menawarkan penjagaan kulit sempurna untuk orang yang tersayang dengan kulit yang berseri. Pada Hari Ibu ini, perbaharui kulit Ibu anda dengan formula derm-level dan nikmati diskaun menarik sebanyak 20% untuk pilihan anti-penuaan terbaik dari Paula’s Choice dan anda akan menerima satu set hadiah eksklusif Paula’s Choice Blossoming Radiant yang bernilai RM256 dengan pembelian minimum RM350.
10. LANCOME
Tunjukkan kasih sayang anda dengan koleksi set hadiah yang eksklusif dari LANCOME. Setiap set direka untuk membuat setiap ibu berasa benar-benar istimewa dan luar biasa cantik. Salah satu set yang istimewa adalah Génifique Serum, yang sempurna untuk mencerminkan kecantikan ibu anda yang kekal memukau. Set ini juga mengandungi serum penjualan terbaik ikonik daripada LANCOME untuk pembaikan kulit yang lebih berkesan.
Artikel Berkaitan: Minyak Wangi Pilihan EH! Sempena Hari Ibu