YSL Beauty meraikan Aidilfitri ini dengan dua ilham solekan yang dicipta oleh jurusolek terkenal Syedewa, dan dilakar segar pada wajah Ain Edruce.
Raikan Raya Bersama YSL Beauty menjadi bingkisan istimewa jenama solekan dari Paris ini bersempena ketibaan lebaran. EH! pastinya berbangga apabila dipilih untuk menjadi sebahagian daripada kempen eksklusif ini.
Apa yang menarik tentang kempen ini? YSL Beauty mengundang jurusolek selebriti popular, Syedewa untuk mencipta dua solekan yang boleh digayakan Aidilfitri ini. Dan dua stail solekan yang diilhamkan oleh Syed ini digayakan pula selebriti terkenal, Ain Edruce. Menghangatkan lagi kempen ini, YSL Beauty dan EH! bekerjasama untuk satu TikTok Live yang berlangsung pada 20 April lalu.
DAY LOOK
Syedewa mencipta gaya solekan ringkas namun masih menyerlah untuk gaya siang hari. Syed memulakan solekan dengan menyapu TOP SECRETS INSTANT MOISTURE GLOW, pelembap yang bertindak sebagai primer ini membuatkan solekan tahan lama dan ia juga mencipta efek glow pada wajah. Ia boleh digunakan setiap hari sebagai krim pelembap.
Bagi mencipta asas solekan yang sempurna, Syed memeilih menggunakan ALL HOURS FOUNDATION, bedak asas kesukaan ramai. Bedak asas ini hadir dengan kemasan pusam. Lagi satu, wajah tidak mudah berminyak dan inilah rahsia mengapa bedak asas ini mampu bertahan 24 jam. Syed menggunakan berus untuk meratakan bedak asas cecair ini dan Syed tidak menggunakan sebarang bedak untuk mengunci bedak asas ini kerana kemasannya sudah cukup pusam.
Memulakan solekan mata, Syed membentuk kening Ain menggunakan DESSIN DES SOURCILS, diikuti pembayang mata BEAUTY SATIN CRUSH EYESHADOW. Kunci solekan ini terletak pada gaya cat-eye dan Syed menggunakan EYELINER EFFECT FAUX CILS SHOCKING, pena matanya tajam membuatkan garisan mata mudah dihasilkan. Melengkapkan riasan mata Syed menyapu MASCARA VOLUME EFFET FAUX CILS RADICAL, maskara ini mencipta efek bulu mata lentik dan kemasannya tidak mudah comot.
Layangan ringan COUTURE BLUSH KOD #6 pada buah pipi menaikkan seri wajah. Syed melengkapkan solekan ini dengan calitan ROUGE PUR COUTURE THE SLIM VELVET RADICAL #308- RADICAL CHILI pada bibir mungil Ain Edruce.
NIGHT LOOK
Bagi solekan malam, Syed memberi tumpuan pada solekan mata, yang mana ia tampil lebih bold. Asasnya masih sama yakni menyatukan TOP SECRETS INSTANT MOISTURE GLOW dan ALL HOURS FOUNDATION. Syed merias pipi Ain dengan pemerah pipi dalam ton yang lebih deep, COUTURE BLUSH KOD #10 PLUM SMOKING.
Pada matanya pula Syed memilih BEAUTY SATIN CRUSH EYESHADOW dalam ton lebih gelap untuk disapukan pada seluruh kelopak juga bawah mata. Lirikan warna gelap ini membuatkan solekan mata lebih menyerlah dan sesuai dengan night mode!
Untuk bibir pula Syed memilih gincu dalam ton jingga dari ROUGE PUR COUTURE THE SLIM, #1966 RROUGE LIBRE. Gincu ini antara yang menjadi ‘aksesori’ paling stylish dalam tas tangan anda. Saiznya yang tipis, memudahkan sapuan dari batang gincu ini terus ke bibir.
Jangan lupa lakukan pembelian di yslbeauty.com.my dan masukkan kod rsama kerana anda berpeluang mendapat khidmat solekan di mana-mana story YSL BEAUTY secara PERCUMA bermula 1 Mei 2022.