Wangian maskulin dan sofstikated ini sudah jadi satu pewangi ikonik sejak 1988 dan sentiasa diperbaharui dan dinaik taraf mengikut generasi baharu dan hari ini Eternity Men tampil dengan jenis EDP dalam botol kaca eksklusif bersama minyak wangian hijau yang tampak jauh lebih menyegarkan dan pastinya lebih refined!
Mahu melebarkan lagi koleksi wangian, ini merupakan pertama kali Eternity melancarkan pewangi Eternity dalam versi Eau de Parfum dan paling istimewa ia masih kekal dengan haruman nota utama Ozonic Notes, Pamplezest, Sage dan Apple, seluruhnya menyerlahkan haruman kayu-kayuan. Begitu juga dengan rekaan botolnya, Calvin Klein mahu kekal dengan rekaan yang ikonik dan malar segar dengan warna lebih menyerlah membentuk identiti lelaki generasi masa kini.
Sempena kemunculan Calvin Klein Eternity EDP baharu EH! bawakan empat personaliti yang punya latar belakang berbeza; Awal Ashaari, Syafiq Kyle, Att Yusof & Josh Kua dalam video berdurasi 30 saat, dimana mereka menceritakan momen eternity yang kekal terpaku di dalam ingatan dan sentiasa jadi satu motivasi diri untuk terus melangkah kehadapan.