“A woman who cuts her hair is about to change her life”- Coco Chanel. Potongan rambut bangs boleh mengubah rupa anda dengan serta-merta, dan mungkin akan merubah hidup anda juga.
Sesetengah individu berasa takut untuk memotong rambut bangs kerana ia mungkin tidak sesuai dengan bentuk wajah dan akhirnya, menyesal. Jangan merasa tertekan, sama juga seperti potongan rambut dan menggayakan rambut, bangs juga adalah pilihan peribadi yang unik untuk estetika anda sendiri. Jika anda tahu untuk menggayakannya, anda boleh saja memilih apa saja jenis bangs tidak kira apa bentuk wajah anda.
Untuk pilihan peribadi, saya memilih micro bangs. Tidak semua berani melakukannya tapi bagi saya ia sangat unik dan rare! Jika anda sedang mencari beberapa garis panduan yang berguna kerana anda tidak yakin mana satu menjadi pilihan, EH! di sini membantu anda mencari jenis bangs terbaik untuk bentuk wajah anda.
CURTAIN BANGS
Curtain Bangs melonjak dalam populariti sekitar tahun 2020 dan terus menjadi popular di kalangan selebriti, termasuk Sabrina Carpenter. Curtain bangs dibuat untuk membingkai wajah dan digabungkan dengan dengan seluruh rambut. Sama ada anda mempunyai bentuk muka bujur, heart shaped atau segi empat sama, curtain bangs sesuai, menimbulkan alunan dan tekstur pada wajah.
Ia dipotong paling pendek di tengah-tengah dahi anda dan kemudian bersudut supaya ia lebih panjang di sisi muka anda (di bahagian tulang pipi). Jika anda memerlukan bantuan menggayakan curtain bangs, sapukan krim sebelum menggunakan berus bulat dan pengering rambut untuk menghasilkan bentuk yang lebih bulat dan gebu seperti Sabrina.
BANGS MIKRO
Biasanya, bangs mikro ialah bangs paling dihindari ramai orang kerana ia dikatakan buruk dan membuatkan muka kelihatan bulat. Tapi ia mitos! Jika anda ingin mencuba tetapi takut, anda masih boleh menggayakan bangs mikro yang pendek dengan meninggalkan ruang yang cukup di antara pinggir dan kening anda, jadi ia tidaklah terlalu pendek.
Ini memanjangkan wajah anda secara visual lebih daripada bangs mikro klasik, dan ia berfungsi lebih baik jika wajah anda mempunyai ciri yang lebih lembut.
BANGS LURUS
Apabila anda memikirkan tentang bangs, bangs biasa ini mungkin muncul di kepala anda. Ia dipotong terus di atas dahi anda dan tidak mempunyai sebarang lapisan. Semua jenis bentuk sesuai untuk menggayakan bangs ini cuma jika muka anda bukan bujur, mungkin anda boleh panjangkan bangs anda sedikit seperti bawah kening tapi jika anda berwajah bujur, tiada masalah untuk anda memotongnya atas kening.
Anda boleh menggunakan hair straightener dan krim rambut untuk mengekalkan bangs itu pada tempatnya.
BANGS KERINTING
Jika anda memerlukan rujukan rambut kerinting, anda boleh jadikan Yara Shahidi sebagai garis panduan. Dia telah mencuba banyak gaya rambut kerinting sepanjang tahun, termasuk bangs kerinting. Bangs ini dipotong untuk membingkai muka sambil memeluk corak keriting semula jadi rambut.
Ia kebanyakannya melengkapkan mereka yang mempunyai muka bujur atau bulat, sambil berfungsi paling baik dengan tekstur rambut kerinting. Untuk menambah beberapa definisi, cuma sapukan krim untuk membuat kerinting yang lebih terperinci.
BIRKIN BANGS
Nama Birkin bangs diambil daripada Jane Birkin, wanita hebat pada tahun 60-an dan 70-an. Penyanyi, pelakon dan model itu adalah seorang pengaruh asal yang mengilhamkan banyak trend termasuk Beg Hermés Birkin yang ikonik (yang dinamakan sempena nama beliau) dan bangs Perancis yang bergaya.
Bagi bentuk wajah, Birkin bangs membolehkan anda yang mempunyai bentuk muka yang lebih bulat atau dahi yang lebih kecil memakai bangs yang lebih lurus tanpa menutup muka mereka. Mereka yang mempunyai bentuk muka segi empat sama boleh melengkungkan tepi luar bangs ke bawah untuk menjadikannya lebih elegan, manakala mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang boleh memilih untuk menghasilkan bangs yang lebih tebal, jadi lebih sedikit dahi yang kelihatan sambil mengekalkan ciri-ciri birkin choppiness pada hujungnya.
WISPY BANGS
Seperti namanya, bangs ini jauh lebih nipis daripada bangs biasa. Rambut di bahagian hadapan muka lebih tebal, selalunya membiarkan dahi anda kelihatan. Walaupun bentuknya mempunyai beberapa persamaan dengan bangs biasa, kemasan yang berselerak menjadikannya kelihatan lebih lembut dan bagus untuk anda yang mahukan sesuatu yang sedikit lebih berani daripada curtain bangs, tetapi juga tidak mahu gaya rambut sangat statement.
Wispy bangs ini sesuai dengan bentuk wajah segi empat kerana ia dapat memberi efek lembut rahang wajah anda.
BARDOT BANGS
Bardot bangs diilhamkan oleh Brigitte Bardot, pelakon Perancis yang sinonim dengan rambut yang sempurna. Jika anda mahukan bardot bangs, sebenarnya sangat mudah untuk menguasai gaya ini. Sama ada anda mempunyai bentuk muka bujur, hati atau segi empat sama, ia sesuai digayakan.
Sebaik sahaja anda mendapat pemotongan, ia perlu dipotong untuk sentiasa kelihatan sempurna setiap beberapa minggu bergantung pada kelajuan rambut anda tumbuh.
Baca: Dyson Supersonic Nural, Revolusi Pengering Rambut Canggih