Elakkan Rambut Lembut Dan Licin
Untuk dapatkan look rambut lebih tebal dan padat, sebaiknya anda korbankan niat anda untuk mendapatkan rambut lembut dan licin. Perapi, minyak dan produk lain mensasarkan objektif rambut lembut yang mana ia akan buatkan rambut anda kelihatan flat dan nipis bagi yang berambut halus. Jadi, sebaiknya biarkan rambut sedikit kasar supaya rambut tampak lebih tebal. Gunakan spray rambut atau hair mousses yang dapat membantu merealisasikan tekstur rambut yang lebih kasar.